Bismillahirrahmanirrahim...
Sesunggunhya...dalam kehidupan seharian, kita tidak akan lari dari aktiviti mulut. Mengumpat bukan sahaja sinonim dalam kalangan kaum wanita...dalam kalangan lelaki apa kurangnya? Maaf wahai kaum lelaki...sesungguhnya ini kebenaran...walaupun tidak banyak namun ada sedikit (ada juga namanya). Cuba kita renungkan bersama...Jika kita mampu elakkan diri dari menceburi aktiviti mengumpat, tetapi masih mendengar umpatan orang lain juga lebih kurang sama dosanya dgn dosa mengumpat. Seperti mana yang kita sedia maklum, mengumpat itu bermaksud mengata tentang sesuatu yang buruk di belakang hamba Allah sehingga mengaibkan hamba Allah tersebut, dan bila hamba Allah itu tahu pastinya menimbulkan perasaan marah atau kecil hati. Kadang-kadang kita tidak sedar kita terlibat secara tidak langsung dalam aktiviti senaman mulut yang kurang sihat ini. Tapi...kalau tak mengumpat umpama masakan tiada rasa, tawar dan tidak enak dimakan. Sedar tidak sedar, perencah mengumpat memang mahal dan terlaris di pasaran neraka kerana mengumpat adalah sebahagian daripada dosa besar. Dalam Islam, mengumpat diumpamakan seperti makan daging saudara sesama Islam sendiri. MasyaAllah...sampai begitu sekali perumpamaannya.
Sesungguhnya kita hamba yang lemah. Oleh itu, adalah penting untuk kita saling ingat mengingatkan antara satu sama lain, bukannya memburuk-burukkan orang lain.Jika keburukan diri dapat diterima dan diperbaiki, siapakah kita untuk menilai keburukan dan kelemahan orang lain?
Baiklah...marilah kita bersama-sama berusaha mengurangkan akvititi mengumpat ini melalui 7 tips yang berikut:
Situasi 1
Bila berkumpul dengan kawan-kawan...
Di sinilah permulaan babak filem umpatan...watak akan bertambah2 dengan meletakkan jiwa raga dan emosi sepenuh hati. Ketika itu, pastinya susah nak elak nak buat skrip tambahan. Maka, dinasihatkan bahawa masa ini banyak2 la ingat ALLAH. Sedarlah bahawa kita ni sama taraf dengan hamba Allah yang lain di sisi Allah. Masing2 ada kelebihan dan kelemahan. Cepat2 istighfar. Sambil itu tegurlah sahabat2 yang lain dgn cara yang berhemah. Jika tidak mampu juga...carilah lokasi yang jauh dari babak filem tersebut.
Situasi 2
Bila yang jadi moderator sesi umpat-mengumpat tu adalah shbt baik kita sendiri...
Apa kata kita alih topik ajak beliau berbicara tentang keburukan masing2? Bila kita bercerita tentang keburukan diri sendiri...sekurang-kurangnya kita sedar kita bukanlah insan yang sempurna. Tak perlu ceritakan semua...sikit2 sudah. Kalau nak disenaraikan keburukan diri sendiri...lebih dari sepuluh (nanti kita juga yang malu). Jadi, layakkah kita nak senaraikan keburukan orang lain? sedangkan keburukan kita sendiri pun tak terbilang...?
Situasi 3
Bila yang mengajak mengumpat tu senior dari kita...
Ya Allah..agak payah nak buat sesi teguran kan? Hurm..kalau tak dapat nak elak pun...apa kata sambil beliau lafazkan setiap bait kata2 umpatan tu..kita sambung dengan ayat2 doa. Doakan setiap orang yang diumpat dengan ikhlas kerana orang yang diumpat itu pun termasuk dlm golongan orang yang teraniaya. Semoga dengan cara itu, senior kita pun tersedar dengan sendirinya. InsyaAllah akan berkesan jika kita buat dengan ikhlas...bukan saja2 tunjuk bahawa kita ni orang yang baik.
Situasi 4
Bila terasa sakit hati dengan seseorang hamba Allah tu...
Pastinya kita terasa nak cari shbt nak luahkan perasaan yang membara...jom ambil wudhu' secara tertib. Masa berkumur2, bacalah doa. Mintalah lidah ini dipelihara dari perbuatan yang mengundang dosa... InsyaAllah..kita akan terhindar dari terjebak ke kancah penganiayaan jiwa orang lain. Semoga dengan itu niat buruk kita akan terbatal dengan sendirinya.
Situasi 5
Jika kita selalu lupa tentangNYA, apa lagi bila tengah cerita panas atau gosip liar...
Masa ni nak istighfar pun berat sekali bibir nak lafaz. Apa lagi nak muhasabah diri kan? Jadi...sumbatlah telinga anda dengan lagu2 yang sebaiknya...dengar alunan bacaan Al-Quran ke...nasyid ke...Ini lebih baik dari mendengar umpatan-umpatan yang liar. Sebab itulah Allah kurniakan dua telinga... kita kena dengar DUA kali dulu sebelum berbicara.
Situasi 6
Bila nak mengata...
Cuba bayangkan kita berada di tempat orang yang dikiutuk tu... agak-agaknya boleh tak kita jadi seperti khalifah-khalifah yang terdahulu? Berkekuatankah kita mendengar betapa aibnya kita sehingga menjadi bahan perbualan? Orang yang diumpat..usah risau (ada hadiah dari Allah)...doakanlah kesejahteraan orang yang diumpat semoga dirahmati Allah SWT. Agaknya...jika kita antara golongan orang yang diumpat, tentu rasa nak bagi penumbuk atau tamparan hebat kepada orang yang berkenaan. Paling tidak pun...anda akan membalas balik dengan ayat2 yang berbaur ketidakpuasan dan mungkin juga kata2 nista terselit di situ. Baiklah...bagi kes sebegini, cuba kita sedikit perspektif pemikiran kita. Bila kita diumpat, itu bermakna ada orang yang ambil berat, ada orang yang cuba memberi peringatan dan ada yang cuba memberi pendapat agar kita menjadi lebih baik di masa hadapan.Mungkin juga kes ini akan menjadikan kita lebih dekat dengan Yang Maha Penyanyang. Ahhh..anggaplah kutukan itu tidaklah sehebat kutukan yang Nabi pernah terima dulu...
Situasi terakhir
Situasi terakhir
Bila diri merasa satu perasaan gelora yang membuak...rasa nak meletup..tak tahan dah ni!!!
Carilah sumber air...mulakan dengan bacaan basmallah dan selawat. Semoga dengan nikmat air itu akan menyejukkan hati yang membara..maka dengan itu mulut akan terasa ringan untuk memuji kebesaranNya.
Banyak lagi tips yang ada...tapi semuanya bergantung pada niat. Niat untuk pelihara diri dan ukhuwah sesama saudara. Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang bersyukur dan sentiasa ingat natijah yang kita akan terima di akhirat nanti sekiranya melakukan kebajikan dan kejahatan.
qirana_ain says: Tiada unsur penyindiran...cuma sekadar memberi peringatan kepada diri sendiri dan pedoman buat pembaca yang sudi singgah di blog ini...
p/s: peperiksaan akhir dah nak dekat...hindarilah aktiviti makan daging saudara sendiri. Kalau lapar sangat, sila cari juadah yang lebih merangsang minda semasa membuat ulangkaji. Semoga ilmu yang diperoleh hasil daripada mentelaah dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT. Amin..