Bismillahirrahmanirrahim...
Kadang2...terdengar bebelan orang di sekeliling kita.
"Hurm..cuaca buruk je akhir2 ni kan?"
Soalnya..kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?
Sebabnye...
Xkering la baju..
Xbole nak main bola..
Nak keluar shopping pun susah (tambah2 plak tengah pesta konvo ni)
Nak keluar cari makan susah..
Nak buat keje pun malas..
Apatah lagi nak study w/pun sedar dah dekat nak exam..
mane xnye..
Time hujan adalah masa paling best berhibernasi...
Ape yang paling buruk?
Banjir melanda bila hujan turun xberhenti selama 72 jam...
Ya Allah..bencana apakah ini?
Inilah yang berlaku di UUM dan kwsn2 yang berhampiran dengannya di sekitar Kedah
Sehingga majlis konvokesyen ke-21 terpaksa ditangguh ke semester depan
Kesian ibu bapa dan keluarga para graduan2...
Kesian para peniaga yang mencari rezeki
Kesian..kesian..kesian..
Maka..Membebel...Membebel...Membebel..
Tapi..
Bukankah bebelan2 itu bukankah lebih baik diganti dgn DOA
"Allahumma syaiyiban nafi'a"
(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).
Sesungguhnya..
Hujan itu adalah RAHMAT
"Dan Dia lah (Allah) yang mengirimkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami arahkan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang tandus), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai jenis buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan (menghidupkan kembali) orang-orang yang telah mati, agar kamu (selalu mengambil pelajaran). "(Al-A'raf: 57)
Sesungguhnya hujan itu terlalu banyak manfaatnya..
Membersihkan udara yang kotor
Menyuburkan tanaman
Membekalkan air Sesungguhnya da bayak lagi manfaatnya..
Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?
"Hurm..hujan tidak..mendung tidak..kenapa tiba2 bermuram durja?"
Ayat tersebut seolah2 menjadikan hujan sinonim sungguh dgn suasana muram
Kesian hujan...
Sedarkah kita?
Bila hujan turun..maknanya Allah limpahkan rahmat utk sekalian manusia
Nabi pun pernah pesan..
Berdoalah ketika hujan turun
Kerana doa ketika hujan dikategorikan dalam doa mustajab (makbul)
Jadi..sekiranya hari-hari hujan..
Dan setiap hari kita berdoa..
Ya Allah..alangkah indahnya jika doa kita Allah makbulkan..
Nak2 pulak dah nak dekat exam ni..
Apa lagi..ambillah peluang ini berdoa kepada Allah..
Mohon dipermudahkan segala urusan..
Dan dipermudahkan semasa menjawab semasa exam...
Jadi..jangan lepaskan peluang yang Allah berikan ini..
"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit,
dengan menurunkan hujan yang tercurah" (al-Qamar: 11)
Maka berdoalah wahai shbt2 sekalian..
Lihatlah firman Allah ini..
"Dan Kami turunkan air dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa melenyapkannya.
"(Al-Mukminun: ayat 18)
Subhanallah..
Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ada SUKATAN.
Ada sukatan dan ada sebabnya..
Kemudian air itu akan disimpan di bumi..
Selama mana?
Wallahualam..Semua itu rahsia Allah..
"Dan Kami mengirimkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya. "(Al-Hijr: 22)
Allahu akbar..Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan.
"Dan Allah yang mengetahui rahsia langit dan bumi Dan kepada dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah Dia dan bertawakallah kepada. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu lakukan. "(Surah Hud: 123)
qirana_ain says: Dan sesungguhnya HUJAN itu juga SATU PERINGATAN!
Allah Maha Melihat dan Mendengar...awas pergerakanmu..dan kembalilah kepada Allah sekiranya tersasar dari landasan sepatutnya.
"Semoga hari ini lebih baik dari semalam
Dan semoga esok lebih baik dari hari ini
Amin..ya Rabal A'lamin.."
Sekarang masa untuk STUDY..
Maka...STUDY sungguh2 dan bertawakallah pada Allah setelah berusaha.
Sekian saja untuk kali ini..
Wassalam..