Bismillahirrahmanirrahim...
Pemuda itu... ya... pemuda itu benar2 merompak hati ini...
Pemuda itu...siapakah pemuda itu?
Pemuda itu...diriwayatkan bermata biru, rambutnya merah (bukan diwarnakan ok), lehernya jinjang, penampilannya cukup tampan, kulitnya kemerah-merahan, dagunya menempel di dada (ada janggut comel agaknya) yang selalu melihat pada tempat sujudnya, tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya, membaca Al-Quran dan menangis. Pakaiannya hanya DUA helai dan kusut pulak tu...(x mampu nak shopping beli baju mahal-mahal). Xpernah siapa pedulikan pemuda itu. X terkenal di bumi...tp sangat terkenal di langit.
Hati ini jatuh cinta...walaupun xpernah bersua dengan pemuda itu.
Xpernah bersua?
Ya..kerana pemuda itu adalah di kalangan tabi'in (hidup sezaman dengan Rasulullah s.a.w tetapi xsempat betemu Baginda s.a.w atau hidup selepas kewafatan rasulullah s.a.w, dan bertemu dgn para sahabat).
Maka..kami mmg xpernah bersua dan xmungkin akan bersua.
Sejak dilahirkan, pemuda itu berpenyakit sopak dan ayahnya sudah lama meninggal dunia. Ibunya menjaganya sejak kecil hingga dewasa. Pemuda ini pernah disebut namanya di dala wasiat Baginda Rasulullah s.a.w yang disampaikan kepada saidina Umar Al-Khattab dan saidina Ali karamAllahu wajhah. Baginda berpesan:
“Dizaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa dia sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman dan dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia mintak tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”
Lalu saidina Umar dan saidina Ali bertanya: “Apakah yang patut saya minta daripada 'pemuda itu', Ya Rasulullah? Nabi menjawab “Kamu minta kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian”.
Setelah Baginda SAW wafat, Saidina Umar dan Ali menunggu-nunggu kafilah yang datang dari arah Yaman. Sehingga akhirnya mereka bertemu dengan pemuda itu. Jika dilihat dari pandangan orang biasa, pemuda itu tiada ciri-ciri istimewa kerana dari pandangan luaran beliau seperti orang yang tidak sempurna akal, tetapi beliau ada sesuatu.. mari ikuti kisahnya bersama ibunya..
Pemuda itu mempunyai seorang ibu yang sudah uzur dan lumpuh. Ibunya mempunyai hajat untuk menunaikan haji di Mekah. Namun dengan kudrat yang sebegitu, ibunya tidak mampu untuk ke Mekah berjalan seorang diri. Lalu dia mengutarakan hasratnya kepada pemuda itu supaya mengikhtiarkan sesuatu agar dia boleh dibawa ke Mekah menunaikan haji.
Sebagai seorang yang miskin, pemuda itu tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang diatasnya “Haudat”. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Pemuda itu tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.
Ibunya semakin tua, lalu ibunya berkata:
“Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji”.
Pemuda itu mendapat satu ilham:
Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat rumah untuk lembu itu di atas bukit).
Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan.
Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan mengatakan dia gila. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit.
Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi sekali petang sekali daripada lembu yang beratnya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot (muscle) tangan dan badan pemuda itu menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit.
Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.
Pulang sahaja ke Yaman,
ibunya bertanya: “ Anakku, apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?”.
Pemuda itu menjawab “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.
Ibunya bertanya lagi “Bagaimana pula dengan dosa kamu”.
Pemuda itu menjawab “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga”.
Ibunya berkata lagi “Ibu nak supaya kamu berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini”.
Pemuda itu berkata “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah , seperti saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala”.
Ibunya menambah “Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan kamu berdoa”.
Akhirnya pemuda itu tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Pemuda itu berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa:
“Tolonglah Ya Allah kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit”.
Maka, Allah memakbulkan doanya dan menghilangkan penyakit sopak di seluruh badannya kecuali meninggalkan setompok di bahagian lehernya. Dan tanda itulah yang disebutkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Ali untuk mengenali pemuda itu.
Setelah ibunya meninggal, pemuda menjadi seorang yang soleh dan darjatnya ditinggikan sehingga dia menjadi seorang yang doanya paling makbul.
Apabila bertemu dengan pemuda itu, mereka berdua pun meminta pemuda itu mendoakan supaya dosa mereka berdua diampunkan, maka pemuda itu pun mendoakan mereka berdua.
Siapakah PEMUDA ITU????
DIALAH...UWAIS AL-QARNI
sekian saja buat kali ini
inilah kisah Uwais Al-Qarni
sempena menyambut Hari Raya AidilAdha
Salam Pengorbanan
Pengorbanan mencari redha Allah
Ada hikmah yang sangat indah tersedia disajikan...
Buat yang 'teristimewa'...
Usah bersedih...
Kerana Allah sentiasa bersamamu
Hilangkanlah kegelisahan hatimu
Pujuklah dengan hikmah pengorbanan
Kerana dirimu begitu berharga...
Wassalam.