BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, 20 November 2009

SaYaNg MeReKa...(^_^)

Hari ni dah 20 November 2009.. Ya Allah... tinggal dua hari sahaja lagi diri ini bakal meninggalkan tanah Melayu tercinta dan kembali ke tanah air tersayang. Hurm... sesungguhnya kerinduan pada ayahanda dan bonda semakin menggunung tinggi. Diri ini bakal menaiki penerbangan AK6506 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Penang pada pukul 6:35 petang dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pukul 8:30 malam..insyaAllah.. Hati terasa girang ingin bertemu sanak saudara di kampung halaman. Segala persiapan telah diatur rapi dengan harapan tiada apa-apa yang penting tertinggal terutamanya kad pengenalan diri..hehe...kerana sudah menjadi kebiasaan diri ini tertinggal suatu yang penting ketika dalam keadaan panik. Diri ini sempat melepaskan rindu pada ayahanda dan bonda dengan mendengar lagu koir dari anak-anak kecil ini...



 Kepada yang bertakhta di hati..juga yang bakal posting ke sekolah sebagai guru yang sebenar-benar guru, diri ini ingin mengucapkan tahniah kerana telah tamat pengajian di Institut Pendidikan Guru yang tercinta. Selamat menjalani alam baru yakni alam kerjaya yang bakal menjanjikan kesejahteraan kepada dirimu dan keluargamu. Semoga sabar dan tabah mengharungi ujian-ujian yang bakal tiba...jangan mudah gentar kerana dirimu wira anak bangsa...(^_^) Dan diri ini tinggalkan sebuah lagu untukmu...

BiLa TUHAN TaK DiTaKuTi

Bila Tuhan Tak Ditakuti
Macam-macam boleh terjadi
Tiap orang tak ketahuan
Hala hidupnya sendiri
Maka rosaklah di sana sini

Ada manusia puja alam sebagai Tuhan
Mabuk dengan gelombang laut yang menggulung
Digambarkan dengan kata sastera mempersona
Mereka tenggelam dalam gelombang sasteranya
Dia leka sendiri dengan buah penanya
Bagai orang tenggelam dalam lautan menggunung
Tidak tahu tujuan
Ke mana mahu pergi

Ada yang sibuk bercakap
Dengan emosinya sekali
Mengelilingi seluruh negeri
Kadang-kadang berbohong sesuka hati
Berkata tidak mengata
Mengecam orang usah dikira
Sudah jadi makan minumnya

Ada golongan sibuk dengan kesalahan orang
Seolah-olah mereka wira agama
Konon hendak membersihkan agama dari noda
Yang sebenarnya berlaku di depan manusia
Bukan hidup realitinya
Mereka lupa diri sendiri
Sendiri buat dosa
Membeli kereta dan rumah terlibat dengan riba
Anak-anak dan juga isteri
Terdedah aurat setiap hari

Perbualan setiap hari
Tentang kenaikan gaji dan juga pangkat
Hidup sendiri masing-masing
Kecuali ada urusan rasmi
Yang ada kaitan dengan gaji
Bakhilnya amat ketara sekali
Mereka semua lupa
Itu adalah kesesatan dalam beragama

Yang berkuasa bangga dengan kuasanya
Menggertak manusia setiap hari
Akta-akta dibuat untuk selamatkan diri
Membantu orang bukan dari hatinya sendiri
Kisah jasa disebut berulang-ulang kali
Menceritakan jasa kepada manusia
Maka hilanglah pahalanya
Mengutuk diri tanpa disedari

Tak kurang juga ada di kalangan manusia
setiap hari memikirkan hendak menghiburkan manusia
Berbagai cara dan gaya dipertunjukkan
Rupanya jiwa mereka sendiri tidak terhibur
Jiwa mereka derita
Tak kurang juga yang bunuh diri

Bila Tuhan tak ditakuti
Macam-macam boleh terjadi
Tiap orang tak ketahuan
Hala hidupnya sendiri
Maka rosaklah di sana sini



Jika Aku Jatuh Hati


Wednesday, 4 November 2009

MeNgHiTunG HaRi...

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah... hari ini merupakan hari yang amat ceria buat diri ini. Dua subjek yang agak menimbulkan kerisauan dan kegusaran hati ini.. Phonology & Morphology cukup menguji keimanan diri ini untuk sentiasa sabar dan tabah. Sabar dan tabah berusaha bersama sahabat-sahabat yang sudi menemani diri ini membuat persediaan yang agak mantap untuk menghadapi peperiksaan akhir semester ini. Terima kasih kepada dua sahabat baik... Chah dan Ika...sesungguhnya tidak sia-sia kita bersama-sama bersengkang mata membuat persediaan. Terima kasih juga buat ayahanda dan bonda yang selalu mengiringi diri ini dengan hujanan doa yang tidak putus-putus sepertinya mereka juga turut menghadapi peperiksaan. Terima kasih seterusnya buat insan 'ter'istimewa.. juga tidak jemu melayan kerenah diri ini ketika menghadapi persediaan untuk peperiksaan akhir. Terima kasih atas kata-kata semangat yang diumpamakan sebagai 'charger'..yang mampu meningkatkan 'self-esteem' setiap hari yang berlalu. Alhamdulillah.. hari ini, diri ini berkesempatan meng'update' blog setelah diabaikan buat seketika...

Hari ini dah masuk 4 November 2009...tinggal dua subjek je lagi.. 8 November 2009 merupakan tarikh keramat bakal berakhirnya peperiksaan akhir semester ini. Tarikh tersebut juga tarikh bermakna buat insan 'ter'istimewa. Namun..ada satu tarikh yang ditunggu-tunggu...22 November 2009.. diri ini akan berangkat balik ke tanah air tercinta nun di seberang laut china selatan. Setelah meninggalkan tanah air selama 5 bulan, perasaan rindu semakin membuak-buak. Rindu ingin bertemu dengan dua insan tercinta..sudah tentu ayahanda dan bonda.


Pn. Khadijah & En. Mahari

Kerinduan makin terasa kerana cuti sekolah bakal tiba. Adik-adik semua berada di rumah kecuali dua hero yang berada di perantauan (semenanjung Malaysia)..Mohamad Riduan yang berkhidmat sebagai polis dan Mohamad Sabri yang masih menuntut di salah sebuah sekolah di Damansara. Rindu ingin bersembang mesra dengan dinda tersayang..Norhayati, Mohamad Saiful dan si kecil... Nur Fadhilah. Diri ini sudah berkira-kira membuat plan meluangkan masa dengan sebaiknya bersama keluarga tercinta. Diri ini teringat plan ayahanda ingin membawa kami sekeluarga berkelah di satu tempat yang indah...ada air terjun...sungai..yang pastinya tiada buaya. Plan tergendala kerana kekangan masa pada cuti semester yang lalu (bulan Jun). InsyaAllah cuti kali ini...akan diusahakan juga plan tersebut...ameen...

Rindu mereka...


 Puteri-puteri harapan ayahanda & bonda



Saat indah bersama mereka


Thursday, 29 October 2009

STaY ThE SaMe...

Don't you ever wish

You were SOMEONE else

You were meant to be

The way you are EXACTLY

Don't you ever say

You don't like the way you are

When you learn to love yourself

You're better off by far

And I hope you always STAY THE SAME

Cause there's nothing about you I would change

I think that you could be

Whatever you wanted to be

If you could REALIZE

All the dreams you have inside

Don't be afraid

If you've got something to say

Just OPEN UP your heart

And let it show you the way

Believe in yourself

Reach down inside

The LOVE you find will set you FREE

BELIEVE in yourself

You will come ALIVE

Have FAITH in what you do

You'll make it through

Sunday, 25 October 2009

Hobi... (^_^)

Ni la antara hobi diri ini.. mengumpul resepi dan kadang2 mencuba resepi baru...=)
Hee.. sekadar nak berkongsi resepi menarik yang pernah dicuba dan yang belum dicuba..
Kepada sahabat-sahabat yang bakal mendirikan rumah tangga, yang belum mendirikan rumah tangga, yang lelaki mahupun perempuan...cubalah resepi ini untuk mempelbagaikan hidangan hari-hari yang indah.. hik.. nampak sangat diri ini suka makan..=) makan pun sebahagian besar daripada hobi diri ini.. terimalah koleksi resepi dari diri ini untuk anda semua...hurm.. terutamanya buat yang teristimewa..yang bakal posting tu ye.. ambik resepi ni buat bekalan..hehe..

MaSaKaN NaSi & Mee


~MeeHooN SoTo~
 
BAHAN-BAHAN:
  • 1 ekor ayam (jangan dipotong)
  • 1 bungkus mihun (dicelur)
  • 20 ketul begedil
  • 3 tangkai daun bawang }  dihiris
  • 3 tangkai daun sup         }
  • 200 gm taugeh
  • garam dan air secukupnya
BAHAN-BAHAN (A)
YANG PERLU DIKISAR:
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan halus
  • 1 sudu kecil jintan kasar
  • 1 sudu kecil lada putih
  • 2 batang serai
  • 15 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji buah keras
  • sedikit lengkuas, halia dan kunyit hidup
BAHAN SOS KICAP:
  • 12 - 15 biji cili padi
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 1 sudu kecil gula pasir
  • 1 ulas bawang putih
  • Celurkan cili padi dengan kuah soto dan kisar dengan bawang putih.
  • Campurkan kicap dan gula
CARA MEMBUATNYA:
  • Masukkan bahan(A) dalm periuk yang berisi air secukupnya.
  • Masak hinggan mendidih
  • Masukkan ayam dan rebus hingga empuk.
  • Angkat dan toskan
  • Siat siatkan daging ayam
  • Tulang tulang ayam dimasukkan ke dalam periuk rebusan
  • Masukkan garam secukup rasa dan biarkan mereneh (mendidih di atas dapur perlahan-lahan)
  • Bila menghidang, masukkan sedikit mihun ke dalam mangkuk
  • Bubuhkan isi ayam, bergedil , daun bawang, daun sup, taugeh dan bawang goreng.
  • Tuangkan kuah soto secukupnya dan bubuhkan sos kicap

~Mee BaNDuNg~
 
BAHAN-BAHAN:
  • 500 gm mi kuning - dicelur
  • 300 gm daging - dipotong
  • 300 gm daging ayam - dipotong
  • 300 udang
  • 200 gm taugeh
  • garam dan minyak masak
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 5 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 1 mangkuk stok ayam
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar kacang tanah - ditumbuk halus
  • 1 biji limau kasturi
  • 1 biji telur
  • Sedikit sawi, cili merah, daun sup dan daun bawang - dihiris
CARA MEMBUATNYA:
  • Panaskan minyak masak dalam periuk
  • Tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili kisar hingga garing
  • Masukkan stok ayam - biarkan mendidih
  • Masukkan sos tomato, soso cili, sos tiram dan garam - biarkan mereneh perlahan-lahan
  • Masukkan kacang tanah, udang, ayam, sawi dan  telur 
  • Masak selama lebih kurang 2 minit
Cara menghidang:
  • Masukkan mi dan taugeh ke dalam mangkuk
  • Tuangkan kuah panas hingga penuh
  • Bubuh cili merah, limau kasturi dan daun bawang
~Mee KaRi~
 
BAHAN-BAHAN:
  • 350 g (5 cawan) mi kuning - dicelur dan ditoskan 
  • 200 g isi kerang
  • 150 g isi udang
  • 250 g dada ayam - dipotong kecil
  • 600 g (6 pokok) sawi dipotong kecil dan dicelur
  • 200 g taugeh - dicelur
  • 200 g (2 keping) tauhu - dibakar dan dipotong dadu
  • 500 ml (2 1/2 cawan) santan cair -diperah drp 1/4 biji kelapa
  • 650 ml  (3 1/4 cawan) air
  • 30 g (3 ulas) bawang merah   }
  • 10 g (2 ulas) bawang putih     } ditumbuk lumat
  • 20 g (2 cm) halia                      }
  • 40 g (4 sudu makan) rempah kari dijadikan pes
  • 3 sm kayu manis
  • 3 biji bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 300 g (2 biji) tomato
  • 5 g (2 kpg) asam keping
  • 10 g (3 tangkai) daun kari
  • 15 g (3 tangkai) daun ketumbar - dihiris
  • 20 g (2 sudu makan) minyak sayuran
  • 3 g (1/2 sudu teh) garam
CARA MEMBUATNYA:
  • Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang,pelaga,bawang merah,bawang putih dan halia sehingga kuning atas api rendah
  • Masukkan pes rempah kari dan daun kari. Tumis hingga harum
  • Masukkan ayam dan gaul dengan rata.
  • Masukkan sedikit air.
  • Tutup dan masak di atas api sederhana selama 5 minit
  • Masukkan udang dan kerang
  • Masukkan asam keping, santan dan air. Biarkan ia mendidih
  • Masukkan garam. Biarkan ia masak beberapa minit.
  • Masukkan tomato kemudian tutupkan api
  • Untuk menghidangkannya, masukkan mi, taugeh, sawi dan tauhu di dalam mangkuk.
  • Kemudian tuangkan kuah yang panas keatasnya
~Mee HaiLaM~
 
BAHAN BAHANNYA:  
  • 1/2  kg. mee kuning 
  • 1/4 kg daging ayam dan daging  lembu 
  • 10 ekor udang (sedang) 
  • 3 ulas bawang putih ( ditumbuk) 
  • 3 ulas bawang merah ( ditumbuk) 
  • 1 sudu besar cilibo 
  • 1 ikat sawi hijau 
  • 1 potong kobis 
  • 1/2 batang lobak merah 
  • 1 bungkus 'baby corn' 
  • 2 tangkai daun sup dan daun bawang 
  • 2 biji limau nipis 
  • Sos cili  dan sos tomato 
  • Kicap 
  • 1 sudu tepung jagung dibancuh dengan setengah cawan air 
CARA  MEMBUAT  
  • Ayam dan daging direbus bersama 4 cawan air. 
  • Tumis bawang (putih dan merah) yang telah ditumbuk sehingga naik baunya. 
  • Kemudian masukkan cilibo dan kacau hingga garing. 
  • Masukkan udang dan rebusan daging serta ayam tadi. 
  • Tambah garam, ajinomoto serta sedikit gula (secukup rasa). 
  • Masukkan lobak merah,'baby corn' dan kobis. 
  • Masukkan pula sawi dan mee. 
  • Tuangkan sos cili dan sos tomato ke dalam ramuan tadi. 
  • Tuangkan pula tepung jagung yang telah dibancuh bersama air dan kacau. 
  • Akhir sekali masukkan kicap dan gaulkan sehingga masak. 
  • Untuk menghidangnya, taburkan sedikit bawang goreng, daun sup dan daun bawang serta hirisan limau nipis.
~Mee WaNTaN~
 
 BAHAN-BAHAN:
  • 300 gm mi wantan
  • 150 gm dada ayam
  • 2 tangkai sawi
  • 1 mangkuk stok ayam
  • 5 ulas bawang merah }   ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih   }
  • 2 sudu kecil kicap air
  • 2 sudu kecil kicap pekat
  • 1 sudu kecil gula pasir
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1/2 sudu kecil minyak bijan
  • 1/2 sudu kecil sercuk lada sulah
  • sedikit minyak masak
CARA MEMBUATNYA:
  • Mi wantan direbus dengan air panas hingga lembut
  • Angkat dan toskan
  • Dada ayam direbus dan disiat-siat
  • Sawi dicelur dengan air panas dan sedikit minyak masak
  • Panaskan minyak masak dalam kuali
  • Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing
  • Masukkan stok ayam, kicap cair, kicap pekat, sos tiram, minyak bijan dan serbuk lada sulah.
  • Masak hingga mendidih
  • Cara menghidang:
             Bubuh mi wantan, sawi dan daging ayam di dalam mangkuk 
             Tuangkan kuah panas keatasnya.
~NaSi AYaM~

BAHAN-BAHANNYA  
  • 1 kg. ayam
  • 3 cawan beras
  • 3 cawan air
  • 5 biji cili merah
  • 2 biji tomato
  • 4 sudu makan majerin
  • 5 kelopak daun salad
  • 2 biji timun
  • 1 potong limau nipis
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 3 cm. halia
  • * kicap masin
  • * kicap manis
  • *(ditumbuk dan digaul bersama kicap masin dan manis)
CARA MEMBUATNYA
  • Ayam dibersihkan kemudian masukkan ke dalam periuk bersama dengan air, sedikit halia dan 2 ulas bawang putih (yang telah diketuk)
  • Masukkan juga garam secukup rasa
  • Bila telah mendidih dan empuk ayamnya bolehlah disesuaikan rasanya kemudian diangkat dan ketepikan
  • Beras dibasuh dan toskan airnya sehingga kering
  • Pijarkan majerin dalam sebuah kuali setelah itu masukkan beras tadi sambil dibalik-balikkan dua tiga kali
  • Tuangkan separuh air rebusan ayam tadi ke atas beras sambil digaul-gaulkan hingga rata
  • Setelah itu masukkan ke dalam sebuah periuk lain dan tanaklah seperti memasak nasi biasa
  • Ayam yang diketepikan tadi digaulkan bersama *halia dan bawang putih yang ditumbuk bersama kicap tadi
  • Perap selama setengah jam
  • Air rebusan ayam yang separuh lagi dijadikan sup
  • Ayam yang telah diperap, digoreng hingga garing
  • Cili merah ditumbuk lumat, masukkan sedikit air perahan limau nipis serta gaulkan garam dan gula secukup rasa (sos nasi ayam)
  • Potong timun, tomato dan daun salad hidangkan bersama nasi dan sup
MaSaKan LauK IsTiMeWa
 
AyaM GoRenG BeRMaDu
 
Bahan-Bahanya
1 ekor ayam
1 hingga 2 sudu botol kicap air
minyak masak
garam
sedikit gula
Bahan Ditumbuk Halus
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari
Cara
Bersihkan & potong sederhana kecil daging ayam. Goreng daging tersebut & jangan garing. Angkat & toskan. Panaskan sedikit minyak & goreng bahan yang ditumbuk hingga naik bau. Kacau & masukkan madu lebah, kicap cair & gula. Bagi mendapatkan kuah yang banyak masukkan sedikit air. Biarkan mendidih barulah dimasukkan daging ayam yang telah digoreng . kacau & biarkan hingga masak. Angkat & hiaskan dengan daun salad & tomato yang dihiris ketika menghidang.

UdaNg MaSaK SoS



Bahan – Bahanya
1 kg udang galah digoreng
1 senduk kecil cili boh
1 botol cili sos
½ botol cili sos
3 sudu besar gula pasir
sedikit minyak masak
garam secukup rasa
Bahan-Bahan Untuk Ditumis
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari
Cara Membuatnya
Panaskan minyak & tumis bahan yang telah ditumbuk. Kemudian masukkan cili boh kacau & dibiarkan seketika barulah dimasukkan cili sos & tomato sos. Masak hingga mendidih barulah dimasukkan udang galah yang telah digoreng. Ahkir sekali masukkan gula & garam secikup rasa . angkat & masukkan dengan tomato & salad.


AyaM PeRCiK 
 

Bahan-Bahan
½ inci kunyit hidup
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
10 biji buah keras
1 sudu teh halba
3 biji cili hidup
1 biji kelapa ( ambil 4 cawan santan )
1 ekor ayam ( anggaran 1 kilo )
10 batang serai ( dititik )
2 ½ lengkuas ( ditiik )
sedikit garam
sedikit gula
Cara
Bersihkan ayam & jangan dipotong. Masak santan bersama bahan yang digiling . Masukkan serai & lengkuas yang dititik. Masukkan garam & gula apabila santan pecah minyak masukkan ayam & biarkan ¾ masak & angkat. Bahan ayam tadi & direnjis dengan lebihan santan.



 ReNDaNg DaGiNg PeDaS


Bahan-Bahan
½ kg daging lembu
120 gm cili kering
10 gm halia
30 gm lengkuas
250 gm bawang besar dikisar
20 gm bawang putih dikisar
7 batang serai dikisar
3 cawan santan
100 gm kerisik
5 helai daun limau purut
garam secukup rasa
70 ml minyak masak
1 ikat daun kunyit dihiris halus
30 gm cuka makan
Cara Membuatnya
Daging dipotong –potong mengikut citarasa & dibersihkan. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang dikisar hingga garing & masukkan daging. Kacau perlahan supaya serata masakannya. Masukkan santan , daun limau purut, garam, gula & daun kunyit & kacau hingga kering. Masukkan kerisik & kacau lagi setelah masak bolehlah diangkat.



DaGinG MaSaK PruNe 


Bahan-Bahan
600 gm daging ( potong ikut suka )
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
2 inci halia
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar cili boh
½ kotak buah prune (buang biji)
Bahan-bahan lain
5 sudu besar tomato sos
1 sudu besar browning
4 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
4 sudu besar minyak sapi
Caranya
Gaulkan semua bahan-bahan yang digiling dengan daging. Masukkan tomato, browning & kicap pekat. Lepas itu perapkan selama sejam. Siapkan periuk & masukkan 4 sudu besar minyak sapi & tumiskan bawang besar & masukkan daging perap tadi . Masak sehingga daging empuk , baru masukkan gula.


IKaN GoReNg BeRLaDa


Bahan-Bahan
3 ekor ikan bawal
1 sudu teh kunyit
secubit garam
sedikit cuka
minyak untuk mengoreng
6 biji cili merah
4 biji tomato
1 labu bawang merah
4 biji tomato
1 labu bawang besar
garam secukup rasa
sedikit gula
Cara Membuatnya
Ikan digoreng , tomato , bawang besar & cili merah ditumbuk kasar. Panaskan minyak & tumis bahan yang ditumbuk masukkan garam & gula secukup rasa sehingga keluar minyak barulah dimasukkan ikan . Kacau supaya ikan & kuah tadi sebati.




 IKaN KeLi LeMaK CiLi PaDi


Bahan-Bahan
3 ekor ikan keli
2 liter santan
200 gm bawang merah (ditumbuk)
2 batang serai
50 gm cili padi dimesin
4 keping asam gelugor
2 biji tomato
1 sudu besar serbuk kunyit
garam secukup rasa
Cara
Ampurkan santan, cili padi & bawang merah yang telah dimesin bersama serai , serbuk kunyit & ikan. Masak dengan api yang sederhana & sesekali kacau supaya santan tidak pecah minyak. Bila mendidih masaklah asam keping & garam bila ikan sudah masak masukkan tomato .

@
1 ekor ikan keli
20 biji padi ditumbuk
1 inci kunyit hidup ditumbuk
1 biji kelapa diambil santan
1 biji bacang muda dicincang
garam secukup rasa




 Ni nak tambah ckit lagi... ReSePi CINTA...

BAHAN-BAHANNYA
  • 1 tin cerita
  • 2 keping hati yang masih muda
  • 1 mangkuk besar pengertian
  • 2 tin keimanan kepada Tuhan
  • 2 biji tomato pengharapan
  • 1 mangkuk keyakinan
  • 1/2 sudu cemburu
  • 1 mangkuk perjodohan
  • cubitan mesra, serta gurauan sepatutnya (secukup rasa)
CARA - CARANYA :
  • Mula - mula bukakan tin cerita dan keluarkan isinya.
  • Potong kedua-dua keping hati dan letakkan ke dalam mangkuk pengertian untuk mencegah daripada pertukaran perasaan.
  • Tuangkan kepercayaan dan pengertian.
  • Kemudian letakkan ke dalam mangkuk perjodohan, dihiaskan dengan potongan cemburu dan cubitan sesuka hati masing- masing.
  • Campurkan tomato pengharapan dan disusun untuk hiasan.
  • Letakkan ia ke dalam mahligai yang indah supaya ianya tercegah dari penggodaan.
  • Canpuran ini lebih manis rasanya jika masa itu dilalui dengan  sefahaman kedua-dua belah pihak keluarga.

        Jumlah perbelanjaan: Mengikut kemampuan kedua-dua keping hati.
        Masanya: Darah Muda
        Resepi ini boleh dicuba bila bila masa sahaja asalkan cukup bahan-bahannya.

Friday, 23 October 2009

SweeT MeMoRy LanGKaWee 2009


Setibanya di Langkawi



 Ina & Ain



Nak naik Cable Car




 Cable Car meluncur laju



Dah sampai kat puncak..indahnya..



heee~



sempat singgah di kilang wat minyak gamat



Tasik Dayang Bunting...ada kisah di sebaliknya...



sempat juga bagi helang makan



tgh tunggu turn naik banana boat... kita main buaian dulu ye kawan2...



makan dengan penuh semangat..



sape nih? hehe.. ni la lecturer yang disayangi..paling sporting..
Mr. Ganesan

Subhanallah...

Ayat Suci di Badan Bayi

Petikan daripada My Metro, Khamis, 22 Oktober 2009




MAKHACHKALA: Seorang bayi Dagestan membingungkan doktor apabila ayat suci al-Quran ditemui pada tubuhnya.Ibu bapa kanak-kanak berusia sembilan bulan itu, Ali Yakubov, berkata mereka terkejut apabila perkataan Allah timbul pada dagunya sejurus selepas dia dilahirkan.Sejak itu, beberapa ayat suci dalam bahasa Arab muncul pada belakang, lengan, kaki dan perut Ali.Keluarganya mendakwa, ayat lama akan hilang dan ayat baru pula muncul. Biasanya, ia berlaku dua kali seminggu, iaitu setiap Isnin dan malam Jumaat.Pegawai perubatan berkata, mereka tidak dapat menjelaskan kejadian misteri itu tetapi menolak kemungkinan ditulis seseorang pada kulit kanak-kanak itu.Ibunya, Madina, berkata dia dan suaminya semakin patuh dalam melakukan suruhan agama selepas kejadian itu.Madina dan suaminya pada mulanya tidak menunjukkannya kepada sesiapa penemuan itu sehinggalah baru-baru ini apabila perkara itu didedahkan kepada doktor.Ali kini menjadi tumpuan masyarakat Islam di Dagestan.Anggota Parlimen tempatan, Akhmedpasha Amiralaev, berkata kanak-kanak itu adalah tanda kebesaran Tuhan.

“Allah menghantarnya ke Dagestan dalam sebagai tanda untuk menghentikan keganasan dan ketegangan di negeri kami,” katanya.

Menurut Madina, Ali biasanya meragam apabila kejadian aneh itu berlaku. “Dia akan menangis dan suhu badannya meningkat. Sukar untuk memegangnya ketika itu.“Tubuhnya pula bergerak aktif, memaksa kami meletakkannya dalam buaian. “Sungguh sedih melihat dia menderita ketika itu,” katanya.Seorang imam tempatan, Abdulla, memberitahu penduduk tempatan, memang ada ayat dalam al-Quran yang menyatakan, Tuhan akan menunjukkan kekuasaan-Nya di pelbagai tempat dalam dunia, selain pada diri manusia sendiri untuk membuktikan bahawa al-Quran itu kitab yang benar.“Kejadian itu tidak sepatutnya disembunyikan,” katanya. - Agensi

Monday, 19 October 2009

Himpunan Doa-Doa Pendek



 



 



 



 



 



 



 

Wednesday, 14 October 2009

Tabahkan Hatiku

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai


Namun ku tahu ada hikmahnya
Tiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana Engkau Maha Mengetahui

Segala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi

Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah yang kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai

Ya Allah Engkau lindungilah aku

Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan


Kini di sini ku berdiri

Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali mentari pagi
Setelah malamku berkalut benci

Monday, 12 October 2009

Istimewa Untukmu - Yang Bertakhta Di Hati


BISMILLAH WALHAMDULILAH WASSOLATU A'LA RASULULLAH


Ya Allah
Seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untukku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Dekatkanlah dia padaku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi
Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihani
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi


Tetapi Ya Allah
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dar pandanganku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa bersama dirinya


Ya Allah Yang Tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya
Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini


Ya Allah
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan akhirat
Dengarkanlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia mahupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku
Keturunan yang soleh...
Amin Ya Rabbal A'lamin...






Untukmu Mohamad Hafiz Bin Daman Huri...



Sunday, 11 October 2009

"Paddy and Corn"

A student asks a teacher, "What is LOVE?
The teacher said, "In order to answer your question, you may go to the paddy field and choose the biggest paddy and come back. But remember the rule: you can go through them only once and you cannot turn back."

The student went to the field..go through the first row. He saw a big paddy. But, he wonders.."May be there is the bigger one later." Then, he saw another big one paddy. But, may be there is even bigger one waiting for him.

After a few momment, he finished more than half of the paddy field, he start to realize that the paddy is not as big as the previous one he saw. Now, he knew that he has missed the biggest one, thus he regretted. So, he decided to end up his journey to find the biggest paddy. He came back with nothing on his hand. Then, he teacher told him, ".....this is LOVE....you keep looking for a better one, but later you realize that you missed the person even you didn't know who is better."

"What is MARRIAGE then?" asked the student.
The teacher said, " In order to answer your question, go to the corn field and choose the biggest corn and come back. But the rule is: you can go through them only once and cannot turn back to pick another corn."

The student went to the corn field, this time he was very careful. He don't want to repeat the previous mistake. Then, when he reach in the middle of the corn field, he has picked one medium corn that he feels satisfied. he came back to see the teacher.

The teacher told him, "....this time you bring back a corn... you look for one that is just nice, and you have faith and believe this is the BEST one you get....so, this is MARRIAGE."



Saturday, 10 October 2009

Surah Amalan...=)

AL-WAQIAH

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

إِذَا وَقَعَتِ ٱلۡوَاقِعَةُ (١) لَيۡسَ لِوَقۡعَتِہَا كَاذِبَةٌ (٢) خَافِضَةٌ۬ رَّافِعَةٌ (٣) إِذَا رُجَّتِ ٱلۡأَرۡضُ رَجًّ۬ا (٤) وَبُسَّتِ ٱلۡجِبَالُ بَسًّ۬ا (٥) فَكَانَتۡ هَبَآءً۬ مُّنۢبَثًّ۬ا (٦) وَكُنتُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا ثَلَـٰثَةً۬ (٧) فَأَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ مَآ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ (٨) وَأَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ مَآ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ (٩) وَٱلسَّـٰبِقُونَ ٱلسَّـٰبِقُونَ (١٠) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلۡمُقَرَّبُونَ (١١) فِى جَنَّـٰتِ ٱلنَّعِيمِ (١٢) ثُلَّةٌ۬ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ (١٣) وَقَلِيلٌ۬ مِّنَ ٱلۡأَخِرِينَ (١٤) عَلَىٰ سُرُرٍ۬ مَّوۡضُونَةٍ۬ (١٥) مُّتَّكِـِٔينَ عَلَيۡہَا مُتَقَـٰبِلِينَ (١٦) يَطُوفُ عَلَيۡہِمۡ وِلۡدَٲنٌ۬ مُّخَلَّدُونَ (١٧) بِأَكۡوَابٍ۬ وَأَبَارِيقَ وَكَأۡسٍ۬ مِّن مَّعِينٍ۬ (١٨) لَّا يُصَدَّعُونَ عَنۡہَا وَلَا يُنزِفُونَ (١٩) وَفَـٰكِهَةٍ۬ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ (٢٠) وَلَحۡمِ طَيۡرٍ۬ مِّمَّا يَشۡتَہُونَ (٢١) وَحُورٌ عِينٌ۬ (٢٢) كَأَمۡثَـٰلِ ٱللُّؤۡلُوِٕ ٱلۡمَكۡنُونِ (٢٣) جَزَآءَۢ بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ (٢٤) لَا يَسۡمَعُونَ فِيہَا لَغۡوً۬ا وَلَا تَأۡثِيمًا (٢٥) إِلَّا قِيلاً۬ سَلَـٰمً۬ا سَلَـٰمً۬ا (٢٦) وَأَصۡحَـٰبُ ٱلۡيَمِينِ مَآ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡيَمِينِ (٢٧) فِى سِدۡرٍ۬ مَّخۡضُودٍ۬ (٢٨) وَطَلۡحٍ۬ مَّنضُودٍ۬ (٢٩) وَظِلٍّ۬ مَّمۡدُودٍ۬ (٣٠) وَمَآءٍ۬ مَّسۡكُوبٍ۬ (٣١) وَفَـٰكِهَةٍ۬ كَثِيرَةٍ۬ (٣٢) لَّا مَقۡطُوعَةٍ۬ وَلَا مَمۡنُوعَةٍ۬ (٣٣) وَفُرُشٍ۬ مَّرۡفُوعَةٍ (٣٤) إِنَّآ أَنشَأۡنَـٰهُنَّ إِنشَآءً۬ (٣٥) فَجَعَلۡنَـٰهُنَّ أَبۡكَارًا (٣٦) عُرُبًا أَتۡرَابً۬ا (٣٧) لِّأَصۡحَـٰبِ ٱلۡيَمِينِ (٣٨) ثُلَّةٌ۬ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ (٣٩) وَثُلَّةٌ۬ مِّنَ ٱلۡأَخِرِينَ (٤٠) وَأَصۡحَـٰبُ ٱلشِّمَالِ مَآ أَصۡحَـٰبُ ٱلشِّمَالِ (٤١) فِى سَمُومٍ۬ وَحَمِيمٍ۬ (٤٢) وَظِلٍّ۬ مِّن يَحۡمُومٍ۬ (٤٣) لَّا بَارِدٍ۬ وَلَا كَرِيمٍ (٤٤) إِنَّہُمۡ كَانُواْ قَبۡلَ ذَٲلِكَ مُتۡرَفِينَ (٤٥) وَكَانُواْ يُصِرُّونَ عَلَى ٱلۡحِنثِ ٱلۡعَظِيمِ (٤٦) وَكَانُواْ يَقُولُونَ أَٮِٕذَا مِتۡنَا وَكُنَّا تُرَابً۬ا وَعِظَـٰمًا أَءِنَّا لَمَبۡعُوثُونَ (٤٧) أَوَءَابَآؤُنَا ٱلۡأَوَّلُونَ (٤٨) قُلۡ إِنَّ ٱلۡأَوَّلِينَ وَٱلۡأَخِرِينَ (٤٩) لَمَجۡمُوعُونَ إِلَىٰ مِيقَـٰتِ يَوۡمٍ۬ مَّعۡلُومٍ۬ (٥٠) ثُمَّ إِنَّكُمۡ أَيُّہَا ٱلضَّآلُّونَ ٱلۡمُكَذِّبُونَ (٥١) لَأَكِلُونَ مِن شَجَرٍ۬ مِّن زَقُّومٍ۬ (٥٢) فَمَالِـُٔونَ مِنۡہَا ٱلۡبُطُونَ (٥٣) فَشَـٰرِبُونَ عَلَيۡهِ مِنَ ٱلۡحَمِيمِ (٥٤) فَشَـٰرِبُونَ شُرۡبَ ٱلۡهِيمِ (٥٥) هَـٰذَا نُزُلُهُمۡ يَوۡمَ ٱلدِّينِ (٥٦) نَحۡنُ خَلَقۡنَـٰكُمۡ فَلَوۡلَا تُصَدِّقُونَ (٥٧) أَفَرَءَيۡتُم مَّا تُمۡنُونَ (٥٨) ءَأَنتُمۡ تَخۡلُقُونَهُ ۥۤ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡخَـٰلِقُونَ (٥٩) نَحۡنُ قَدَّرۡنَا بَيۡنَكُمُ ٱلۡمَوۡتَ وَمَا نَحۡنُ بِمَسۡبُوقِينَ (٦٠) عَلَىٰٓ أَن نُّبَدِّلَ أَمۡثَـٰلَكُمۡ وَنُنشِئَكُمۡ فِى مَا لَا تَعۡلَمُونَ (٦١) وَلَقَدۡ عَلِمۡتُمُ ٱلنَّشۡأَةَ ٱلۡأُولَىٰ فَلَوۡلَا تَذَكَّرُونَ (٦٢) أَفَرَءَيۡتُم مَّا تَحۡرُثُونَ (٦٣) ءَأَنتُمۡ تَزۡرَعُونَهُ ۥۤ أَمۡ نَحۡنُ ٱلزَّٲرِعُونَ (٦٤) لَوۡ نَشَآءُ لَجَعَلۡنَـٰهُ حُطَـٰمً۬ا فَظَلۡتُمۡ تَفَكَّهُونَ (٦٥) إِنَّا لَمُغۡرَمُونَ (٦٦) بَلۡ نَحۡنُ مَحۡرُومُونَ (٦٧) أَفَرَءَيۡتُمُ ٱلۡمَآءَ ٱلَّذِى تَشۡرَبُونَ (٦٨) ءَأَنتُمۡ أَنزَلۡتُمُوهُ مِنَ ٱلۡمُزۡنِ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡمُنزِلُونَ (٦٩) لَوۡ نَشَآءُ جَعَلۡنَـٰهُ أُجَاجً۬ا فَلَوۡلَا تَشۡكُرُونَ (٧٠) أَفَرَءَيۡتُمُ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى تُورُونَ (٧١) ءَأَنتُمۡ أَنشَأۡتُمۡ شَجَرَتَہَآ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡمُنشِـُٔونَ (٧٢) نَحۡنُ جَعَلۡنَـٰهَا تَذۡكِرَةً۬ وَمَتَـٰعً۬ا لِّلۡمُقۡوِينَ (٧٣) فَسَبِّحۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلۡعَظِيمِ (٧٤) ۞ فَلَآ أُقۡسِمُ بِمَوَٲقِعِ ٱلنُّجُومِ (٧٥) وَإِنَّهُ ۥ لَقَسَمٌ۬ لَّوۡ تَعۡلَمُونَ عَظِيمٌ (٧٦) إِنَّهُ ۥ لَقُرۡءَانٌ۬ كَرِيمٌ۬ (٧٧) فِى كِتَـٰبٍ۬ مَّكۡنُونٍ۬ (٧٨) لَّا يَمَسُّهُ ۥۤ إِلَّا ٱلۡمُطَهَّرُونَ (٧٩) تَنزِيلٌ۬ مِّن رَّبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٨٠) أَفَبِہَـٰذَا ٱلۡحَدِيثِ أَنتُم مُّدۡهِنُونَ (٨١) وَتَجۡعَلُونَ رِزۡقَكُمۡ أَنَّكُمۡ تُكَذِّبُونَ (٨٢) فَلَوۡلَآ إِذَا بَلَغَتِ ٱلۡحُلۡقُومَ (٨٣) وَأَنتُمۡ حِينَٮِٕذٍ۬ تَنظُرُونَ (٨٤) وَنَحۡنُ أَقۡرَبُ إِلَيۡهِ مِنكُمۡ وَلَـٰكِن لَّا تُبۡصِرُونَ (٨٥) فَلَوۡلَآ إِن كُنتُمۡ غَيۡرَ مَدِينِينَ (٨٦) تَرۡجِعُونَہَآ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ (٨٧) فَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلۡمُقَرَّبِينَ (٨٨) فَرَوۡحٌ۬ وَرَيۡحَانٌ۬ وَجَنَّتُ نَعِيمٍ۬ (٨٩) وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنۡ أَصۡحَـٰبِ ٱلۡيَمِينِ (٩٠) فَسَلَـٰمٌ۬ لَّكَ مِنۡ أَصۡحَـٰبِ ٱلۡيَمِينِ (٩١) وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلۡمُكَذِّبِينَ ٱلضَّآلِّينَ (٩٢) فَنُزُلٌ۬ مِّنۡ حَمِيمٍ۬ (٩٣) وَتَصۡلِيَةُ جَحِيمٍ (٩٤) إِنَّ هَـٰذَا لَهُوَ حَقُّ ٱلۡيَقِينِ (٩٥) فَسَبِّحۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلۡعَظِيمِ (٩٦)

Al-Waqiah
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful



When the event befalleth - (1) There is no denying that it will befall - (2) Abasing (some), exalting (others); (3) When the earth is shaken with a shock (4) And the hills are ground to powder (5) So that they become a scattered dust, (6) And ye will be three kinds: (7) (First) those on the right hand; what of those on the right hand? (8) And (then) those on the left hand; what of those on the left hand? (9) And the foremost in the race, the foremost in the race: (10) Those are they who will be brought nigh (11) In gardens of delight; (12) A multitude of those of old (13) And a few of those of later time. (14) On lined couches, (15) Reclining therein face to face. (16) There wait on them immortal youths (17) With bowls and ewers and a cup from a pure spring (18) Wherefrom they get no aching of the head nor any madness, (19) And fruit that they prefer (20) And flesh of fowls that they desire. (21) And (there are) fair ones with wide, lovely eyes, (22) Like unto hidden pearls, (23) Reward for what they used to do. (24) There hear they no vain speaking nor recrimination (25) (Naught) but the saying: Peace, (and again) Peace. (26) And those on the right hand; what of those on the right hand? (27) Among thornless lote-trees (28) And clustered plantains, (29) And spreading shade, (30) And water gushing, (31) And fruit in plenty (32) Neither out of reach nor yet forbidden, (33) And raised couches; (34) Lo! We have created them a (new) creation (35) And made them virgins, (36) Lovers, friends, (37) For those on the right hand; (38) A multitude of those of old (39) And a multitude of those of later time. (40) And those on the left hand: What of those on the left hand? (41) In scorching wind and scalding water (42) And shadow of black smoke, (43) Neither cool nor refreshing. (44) Lo! heretofore they were effete with luxury (45) And used to persist in the awful sin. (46) And they used to say: When we are dead and have become dust and bones, shall we then, forsooth, be raised again, (47) And also our forefathers? (48) Say (unto them, O Muhammad): Lo! those of old and those of later time (49) Will all be brought together to the tryst of an appointed day. (50) Then lo! ye, the erring, the deniers, (51) Ye verily will eat of a tree called Zaqqum (52) And will fill your bellies therewith; (53) And thereon ye will drink of boiling water, (54) Drinking even as the camel drinketh. (55) This will be their welcome on the Day of Judgment. (56) We created you. Will ye then admit the truth? (57) Have ye seen that which ye emit? (58) Do ye create it or are We the Creator? (59) We mete out death among you, and We are not to be outrun, (60) That We may transfigure you and make you what ye know not. (61) And verily ye know the first creation. Why, then, do ye not reflect? (62) Have ye seen that which ye cultivate? (63) Is it ye who foster it, or are We the Fosterer? (64) If We willed, We verily could make it chaff, then would ye cease not to exclaim: (65) Lo! we are laden with debt! (66) Nay, but we are deprived! (67) Have ye observed the water which ye drink? (68) Is it ye who shed it from the raincloud, or are We the Shedder? (69) If We willed We verily could make it bitter. Why then, give ye not thanks? (70) Have ye observed the fire which ye strike out; (71) Was it ye who made the tree thereof to grow, or were We the grower? (72) We, even We, appointed it a memorial and a comfort for the dwellers in the wilderness. (73) Therefor (O Muhammad), praise the name of thy Lord, the Tremendous. (74) Nay, I swear by the places of the stars - (75) And lo! that verily is a tremendous oath, if ye but knew - (76) That (this) is indeed a noble Qur'an (77) In a Book kept hidden (78) Which none toucheth save the purified, (79) A revelation from the Lord of the Worlds. (80) Is it this Statement that ye scorn, (81) And make denial thereof your livelihood? (82) Why, then, when (the soul) cometh up to the throat (of the dying) (83) And ye are at that moment looking (84) - And We are nearer unto him than ye are, but ye see not - (85) Why then, if ye are not in bondage (unto Us), (86) Do ye not force it back, if ye are truthful? (87) Thus if he is of those brought nigh, (88) Then breath of life, and plenty, and a Garden of delight. (89) And if he is of those on the right hand, (90) Then (the greeting) "Peace be unto thee" from those on the right hand. (91) But if he is of the rejecters, the erring, (92) Then the welcome will be boiling water (93) And roasting at hell-fire. (94) Lo! this is certain truth. (95) Therefor (O Muhammad) praise the name of thy Lord, the Tremendous. (96)