BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, 6 September 2009

Seteguh Hati Seorang Pendidik


Hari ni majlis berbuka puasa bersama sahabat-sahabat B.Ed TEYL cohort 5 yang disayangi. Madam Mariah atau lebih mesra dengan panggilan MAMA di bibir anak-anak didiknya turut dijemput hadir sebagai tanda penghargaan kerana menjadi co-ordinator cohort 5 sepanjang pengajian kami di Institut Perguruan Malaysia-kampus Pulau Pinang, 3 tahun yang lalu. Beliau merupakan ibu kepada kami yang jauh dari keluarga terutamanya diri ini yang berasal nun jauh dari tanah borneo. Beliau telah menyumbangkan jasa yang tidak ternilai harganya buat pedoman diri ini serta sahabat-sahabat yang bakal menjadi guru Bahasa Inggeris, insyaAllah dua tahun setengah akan datang. Beliau juga seorang sahabat yang setia mendengar luahan dan aduan anak-anak didiknya. Beliau tidak pernah mengenal istilah putus asa, sungguh tegar mendidik kami yang masih bertatih mencari sinar dalam kegelapan. Di kala kami keliru, beliaulah penunjuk jalan. Di kala kami gembira, beliaulah orang pertama yang datang mengucapkan TAHNIAH. Di kala kami bersedih, beliaulah orang pertama yang berada di sini menemani kami merungkai segala masalah. Ingin diri ini menyebut skali lagi nama yang terpahat di jiwa anak-anak didiknya, Madam Mariah Binti Ibrahim..seorang pensyarah berjiwa kental. Terima kasih di atas segala nasihatmu MAMA..





0 comments: