HATI DAN KEHIDUPAN INI
Kehidupan ini sukar untuk ditafsirkan kerana ianya terlalu rumit untuk difikirkan. Kehidupan ibarat roda, kadangkala di bawah, kadangkala di atas. Dan penentu untuk segalanya adalah KITA, KITA SENDIRI yang akan mencorakkannya. Tapi, beringatlah kehidupan ini tak selamanya berkeadaan lurus, sekali-sekala terjumpa di persimpangan yang meminta untuk diberi pilihan. Tapi tidakkah sedari, takkan hadirnya masalah itu jika kita meluahkan rahsia yang tersimpan di hati kita?
Tak bisakah ianya dikongsi dua hati dan dihadapi bersama? Hati yang terlalu besar pengorbanannya dalam kehidupan kita. Ianya kecil tapi mampu menanggung sejuta rahsia. Adakah kita sedari ia terlalu membebankan? Renungkanlah sedalam-dalamnya bagaimana hati sekecil itu boleh hidup dalam keadaan begitu?
Tuhan memberi kita mata untuk melihat, telinga untuk mendengar dan hati untuk merasa kasih sayang, cinta dan kerinduan. Hati memberi dan menyedarkan kita tentang betapa nikmatnya menghargai apa yang terbuku di dalamnya. Tidak pernah sekali dan tidak ada ruang untuk dendam di dalamnya walaupun sejuring cuma. Namun manusia mudah alpa, tanpa hati dia tidak akan merasai segalanya.
Jadi, sedarilah betapa hati selama ini memainkan peranannya dengan baik sekali. Cubalah dan hadapilah kenyataan bahawa yang di hati perlu diluahkan. Lebih-lebih lagi yang melibatkan hati. Sebenarnya dua hati ini memerlukan kekuatan untuk berpaut di dalamnya. Jadi, berusahalah untuk mengecapi segalanya biarpun kita terpaksa menerusi badai itu. Tidak perlu takut untuk menghadapinya.
Ingatlah Tuhan menciptakan hati untuk memberi kemudahan dan kenikmatan untuk makhluknya. InsyaAllah… Tuhan akan memberi jalan kebahagiaan selagi kita berusaha ke arahnya.
Norezzaina Binti Mahari
30 april 2008 yang lalu
0 comments:
Post a Comment