Ayahanda Mahari Bin Haji Masli
Hari ni genap 18 hari umat Islam menunaikan ibadah puasa. Terasa cepat masa berlalu meninggalkan jauh kenangan-kenangan lalu. Kenangan-kenangan yang menjadi pedoman hidup ini. Setipa detik yang berlalu sentiasa mengingatkan diri ini tentang MASA. Hargailah setiap detik masa. Sesungguhnya telah termaktub firman Allah s.w.t dalam surah al-asr;
وَالْعَصْرِ إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
yang bermaksud; "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar2 dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran, dan nasihat-menasihati supaya tetap bersabar."
Diri ini bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini. Namun, diri ini merasakan suatu kekurangan. Kekurangan yang diri ini tidak tahu, kekurangan yang diri ini tahu, kekurangan yang telah lalu dan mungkin juga kekurangan yang akan datang. Tapi yang jelas, diri ini merasa kekurangan masa bersama keluarga tercinta yang kini berada nun jauh di seberang laut china selatan. Terasa ingin diri ini berlari...ingin mendakap kedua-dua buah hati yang tercinta. Buah hati yang telah banyak berjasa membesarkan diri ini sedari kecil hingga detik ini. Diri ini pasti...doa dari kedua-duanya sentiasa mengiringi setiap langkah perjalanan diri ini di perantauan. Oh bonda...diri ini rindu belaianmu. Diri ini rindu suapan makanan kegemaran dari tanganmu yang penuh dengan kasih sayang. Diri ini rindu gelak ketawamu...penyembuh duka nestapa. Ayahanda jua...yang sentiasa mengalirkan semangat kepada diri ini di kala diri ini menanggung beban yang teramat. Ayahanda juga tempat diri ini meluahkan isi hati yang xtertanggung kesunyian tanpa dirinya di sisi. Ya Allah Ya Tuhanku, peliharalah kedua-dua buah hati diri ini dengan segala kebaikan serta lindungilah kedua-duanya dari segala keburukan. Ya Allah...tak terbendung rasanya kerinduan ini. Kerinduan yang tak pernah bertepi...
0 comments:
Post a Comment