BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, 30 April 2010

W.A.N.I.T.A

Bismillahirrahmanirrahim....


Tidak dpt dinafikan bhw hidup wanita dipengaruhi dan dikuasai oleh perasaannya. Ini kerana wanita KAYA dgn perasaannya. Sembilan per sepuluh (90%) daripada wanita adalah perasaannya. Hanya SATU per sepuluh (10%) adalah daripada pertimbangan akalnya. Justeru itu, untuk menghadapi & memimpin wanita agar tunduk kpd Allah swt, maka kaum adam hendaklah bermain dgn perasaan mereka sebanyak yg mungkin. Bermain dgn perasaan mereka bkn bermaksud MEMPERMAIN-MAINKAN perasaan mereka tetapi istilah bermain dgn perasaan wanita di sini merujuk kpd bagaimana sepatutnya kaum adam memimpin kaum hawa. Jenis2 perasaan wanita adalah amat byk seperti perasaan marah, geram, dendam, malu, jemu, kecewa, kasih, sayang dan banyak lagi. Allah mengurniakan perasaan2 tersebut kpd wanita atas kepentingan agama, dunia & akhirat. 

Bahasa samaada dlm bentuk lisan atau tulisan merupakan alat yg membangkitkan setiap perasaan yg ada dlm diri wanita. Dlm memimpin kaum wanita, kaum adam hendaklah menggunakan daya fikir utk mengolah bahasa dgn lidah yg petah supaya tercetus apa sahaja perasaan yg diinginkan dari wanita. Sekiranya kaum adam menginginkan perasaan kasih & sayang drpd wanita, maka bawalah cerita2 kasih mesra dgn kata2 hikmah mengenai kasih sayang. Sekiranya kaum adam menginginkan perasaan rindu bertapak di hati wanita, maka bawalah kisah2 rindu dan kata2 yg berunsur kerinduan. Jika hendak membangkitkan perasaan marah pd diri wanita, itu amatlah mudah kerana semua kaum adam tahu caranya. Dlm membimbing & memimpin wanita, kaum adam hendaklah merancang utk mengubah & mewujudkan setiap perasaan yg dikehendaki dlm diri wanita yg bergelar anak, isteri & ibu. Maka, seharusnya kaum adam mengetahui & mempunyai daya kekuatan yg tinggi supaya dpt merancang apa yg diingini pd diri wanita sebelum dpt MEMILIKI mereka. 

Di sinilah antara kejayaan kaum adam yakni para Rasul, Nabi & wali Allah swt dlm memimpin umat manusia. Mereka dpt menguruskan hati manusia kerana berjaya mencetak perasaan mereka hingga menjadi umat yg patuh kpd Allah swt. Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa wanita, hati, fikiran & perasaan kaum adam akan resah & gelisah. Mereka tetap mencari wanita walaupun telah ada segala-galanya. Apa lagi yg tiada di syurga? Namun Nabi Adam a.s . tetap merindukan Siti Hawa. Ini kerana  SATU-SATUNYA nafsu  yg dianugerahkan kpd kaum adam letaknya pd kaum hawa, manakala selebihnya 90% adalah mengikut pertimbangan akal yg melayakkan kaum adam diiktiraf sebagai pemimpin.

Kpd wanitalah, kaum adam memanggil ibu, isteri & puteri (anak). Mereka dijadikan drpd tulang rusuk yg bengkok. Maka, Allah mengutuskan kaum adam utk meluruskannya. Tetapi jika kaum adam itu sendiri tidak lurus, mereka tidak mungkin mampu hendak meluruskan kaum hawa. Tidak logik kayu yg bengkok menghasilkan bayang2 yg lurus. Maka, luruskanlah wanita dgn petunjuk Allah, kerana mereka diciptakan begitu rupa dr bahagian tubuh lelaki. Didiklah mereka dgn panduan drNYA. 

INGAT!!!
JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DGN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR.
JANGAN HIBURKAN MEREKA DGN KECANTIKAN, NANTI MEREKA  SEMAKIN MENDERITA.

Sesungguhnya yg fana itu bersifat sementara yg tidak akan menyelesaikan masalah. Maka, kenalkan mereka kpd  ALLAH, zat yg kekal. Itulah KUNCInya. 

AKALNYA SETIPIS RAMBUT, MAKA TEBALKAN DGN ILMU YG BERGUNA.
HATINYA SERAPUH KACA, MAKA KUATKAN DGN IMAN YG KUKUH.
PERILAKUNYA SELEMBUT SUTERA, MAKA HIASKAN DGN AKHLAK YG MULIA.

Suburkanlah mereka dgn kebaikan kerana di situlah nanti mereka akan nampak penilaian dan pengadilan Allah swt . Mereka akan terhibur & berbahagia walaupun tidak menjadi ratu catik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa KELEMBUTAN BUKANLAH KELEMAHAN! Itu bukan diskriminasi Tuhan, sebaliknya itulah kasih sayang Allah pd wanita kerana rahim wanita yg lembut itulah yg mengandungkan lelaki2 yg berwajah: negarawan, karyawan, hartawan, jutawan, demawan & wan-wan yg lain tidak termasuk haiwan. Tidak akan lahir SUPERMAN tanpa SUPERWOMAN. Wanita yg lupa pd hakikatnya, pasti tidak terhibur & tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman & amal mereka tidak bisa diluruskan, malah mereka pula yg membengkokkan.

LEBIH BYK LELAKI YG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DRPD PEREMPUAN YG DIROSAKKAN OLEH LELAKI KERANA SEBODOH-BODOH WANITA PUN BISA MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.

Itulah natijahnya bila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak kenal diri mereka sendiri, apatah lagi mengenali kaum adam. Kini bkn sahaja BOS kehilangan SETIAUSAHA, bahkan ANAK kehilangan IBU, SUAMI kehilangan ISTERI & BAPA kehilangan PUTERI. Bila wanita durhaka, maka huru-haralah dunia. Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Kaum adam pula janganlah terlalu mengharapkan kesetiaan & ketaatan kaum hawa tetapi binalah kepimpinan diri dahulu. Pastikan sebelum memimpin wanita, pimpinlah diri sendiri dahulu kpdNYA. Jinakkan diri dgn ALLAH. InsyaALLAH, jinaklah segala-gala yg berada di bawah pimpinan kaum adam.

JANGAN MENGHARAPKAN ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH BINTI RASULULLAH SAW, JIKA PERIBADI BELUM LAGI MENANDINGI SAYIDINA ALI A.S.


 Salam sayang dr qirana_ain buat semua kaum hawa~



0 comments: