Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah..Allah memberi kelapangan kepada diri ini untuk menulis lagi..setelah sekian lama (5 bulan) mengabaikan blog tercinta. Maaf kepada yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini. Diri ini agak sibuk dengan aktiviti kampus yang sentiasa bertali arus..tak putus-putus sehingga tiada ruang untuk diri ini menulis. Alhamdulillah sekali lagi..diri ini bersyukur kerana kesibukan yang melanda memberi pengalaman dan pengajaran yang indah sepanjang semester ini. Pejam celik pejam celik..kini tiba penghujung semester dan terasa kehangatan peperiksaan akhir. Diri ini juga sudah mula mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan akhir lebih kurang 2 minggu lagi. Ya Allah..cepatnya masa berlalu..
Seiring masa yang berlalu sepanjang semester ini...diri ini telah melakar kenangan yang indah bersama sahabat seperjuangan..sahabat seperjuangan dalam Kelab Nasyid UUM, Persatuan Pengurusan Pendidik UUM dan Kelab Karate Shotokan UUM. Dek kerana diri ini terlibat dengan organisasi yang tersebut, diri ini harus membahagikan masa sebaik mungkin untuk membuktikan komitmen yang tinggi bukan sekadar menjadi ahli tidur yang tidak menyumbangkan apa-apa. Seawal semester ini, diri ini telah mengikuti pelbagai aktiviti...hampir setiap hujung minggu terisi penuh.
Bermula detik 19 Januari 2010..diri ini telah diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan Biro Khas Kelab Nasyid UUM 2010 bersama seorang sahabat baik, Nazirul Muiez. Hampir setiap minggu menghadiri mesyuarat untuk merancang program sepanjang tahun 2010 membuatkan diri ini lebih bersedia memberi komitmen yang padu untuk Kelab Nasyid tercinta. Bukan sahaja Kelab Nasyid, diri ini juga memberi komitmen kepada komuniti Persatuan Pengurusan Pendidik yang menganjurkan pelbagai aktiviti untuk bakal guru. Setiap malam Isnin, Rabu dan Khamis pula diselangi dengan latihan Karate Shotokan di depan perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM. Alhamdulillah..diri ini sempat belajar sedikit sebanyak tentang seni mempertahankan diri ini. Walaupun assignment melambak, namun diri ini berjaya mengatur masa dengan sebaiknya.
Berbicara tentang assignment semester ini... diri ini amat bersyukur kerana assignment kali ini lebih santai dan praktikal tetapi memerlukan daya imaginasi yang tinggi, bakat seni dalam diri, kerjasama kumpulan dan pemikiran tahap professional.
......................................................................................................................................................................
Kelab Karate Shotokan
......................................................................................................................................................................
Kelab Karate Shotokan
......................................................................................................................................................................
Kelab Nasyid UUM
Sahabat susah & senang...Nazirul Mu'izz Bin Azmi
Festival Nasyid
We are ONE family...Ukhuwah Fillah...
Saya SAYANG Kelab Nasyid Saya...
0 comments:
Post a Comment