BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, 3 October 2009

Peringatan & Pedoman Buat Diri Ini dan Para Sahabat

Melindungi persaudaraan dengan menolak celaan-celaan daripada musuh dan kedengkian orang-orang yang berdengki adalah wajib dalam ikatan persaudaraan
– Imam Al-Ghazali.
 
Manusia yang paling lemah ialah orang yang tak sanggup cari teman dan yang paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang telah diperolehinya.
– Imam Al-Ghazali.
 
Orang yang meyakini dengan sepenuh keyakinan bahawa dia adalah lebih tinggi daripada seorang hamba Allah, maka sesungguhnya dia telah membatalkan amalannya.
– Imam Al-Ghazali.
 
Membuka rahsia itu suatu pengkianatan dan ia adalah haram apabila datangkan kemelaratan kepada orang lain serta tercela walaupun orang itu tak melihat.
– Imam Al-Ghazali.
 
Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya.
– Imam Al-Ghazali.
 
Orang yang tidak bersabar sesudah bersedekah ialah orang yang berbangga2 dan mencaci dengan sedekahnya, maka dia sendiri membatalkan amalannya.
– Imam Al-Ghazali.
 
Kebahagiaan yang sebenar lagi utama hanya terletak pada kemenangan dalam memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak-kehendak yang berlebih-lebihan.
– Imam Al-Ghazali.
 
Sabar itu ada empat perkara: Sabar dalam ketaatan, sabar dalam godaan dunia dan juga bersabar terhadap ujian Allah.
– Imam Al-Ghazali.
 
Ketahuilah kiranya sebahagian orang yang dikuasai oleh kemalasan, maka beratlah mereka berjuang, berlatih dan bekerja untuk sucikan diri dan akhlah.
– Imam Al-Ghazali.
 
Ketahuilah, bahawa harta itu adalah seperti ular, Padanya ada racun  dan padanya jua juga ada penawar. Faedahnya itu ubat dan bahayanya itu ialah bisa.
– Imam Al-Ghazali.
 
 
Sabar itu adalah suatu tingkat daripada tingkat-tingkat agama dan suatu kedudukan daripada kedudukan orang-orang berjalan menuju Allah SWT.
– Imam Al-Ghazali.
 
Solat itu ada pengajaran sifat taqwa, iaitu mengerjakannya dengan sepenuh hormat, patuh dengan melakukan rukuk dan sujud terhadap Alllah Maha Pencipta.
– Imam Al-Ghazali.
 
 
Nitmat yang dikurniakan Allah akan bawa bahagia. Apabila seseorang sedikit sahaja cintanya terhadapNya, maka sedikitlah hasilnya di akhirat kelak.
        Imam Al-Ghazali. –
 
Sombong itu ada 2 : Sombong zahir dan sombong batin, sombong zahir ialah amal perbuatan manakala sombong batin ialah sifat terdapat dalam jiwa manusia.
        Imam Al-Ghazali. –
 
Tidak mengapa kalau engkau tidak bangun bertahajjud pada malam hari (kerana ia sunat), tetapi janganlah membuat berbuat dosa pada siang hari (kerana haram).
        Imam Al-Ghazali. –
 
Taubat itu harus berlangsung terus menerus dalam segala keadaan walaupun manusia itu sememangnya tidak sepi daripada kesilapan-kesilapan.
        Imam Al-Ghazali. –
 
Tidaklah seseorang itu sombongkan diri kecuali bangga dirinya dan tidaklah seseorang itu bangga diri kecuali yakin bahawa dirinya mempunyai sigat lengkap.
        Imam Al-Ghazali. –
 
Masa: pada kurun ke 20 Albert Einstien membuktikan masa berkait dengan jarak dan halaju. Al-Quran telah menyingkap rahsia ini lebih 1400 tahun lalu seperti dalam surah 22:47.
 
Bulan: ia beredar mengelilingi bumi 27.32 hari dan jaraknya 384,400 km dari bumi. Ia juga merupakan satelit bumi. Allah menyebut kejadian bulan dalam surah 21:33.
 
Laut: Air laut mengandungi 3.5% garam, 2.96% garam NaCl dan 0.54% zat kimia. Allah menerang kan laut seperti dalam surah 25:53.
 
Sungai: Terdapat 20 sungai yang terpanjang di dunia, antaranya Sungai Nil di Mesir yang panjangnya 6695km. Ia memanfaatkan kegunaan manusia seperti tercatat dalam  18:33
 
Mutiara dijadikan Allah daripada pemprosesan zat kapur (calcareous). Manakala kristal pula sejenis perhiasan dari dalam batu. Fahami firman Allah dalam 55:22.
 
Emas dan Perak: Menurut ilmu geologi, keduanya didapati dalam bumi yang tanah-tanih dan pepasirnya bergerak dan batu mengandungi linar (alluvial). Dinyatakan Allah dlm 9:34.

0 comments: