Syeikh Abu Osman Al Hiri adalah seorang abid yang terkenal dengan kesabarannya. Beliau tidak pernah marah, berasa kecewa, putus asa dan apa saja yang menimpa dirinya, beliau akan bersabar. Terdapat seorang lelaki yang tidak percaya kepada akhlak Abu Osman yang tinggi itu lalu mengundang Abu Osman ke rumahnya untuk satu jamuan bagi mengujinya. Sebaik sahaja tiba di muka pintu rumah, Syeikh Abu Osman terus dihalau dengan pelbagai cacian serta herdikan yang menghinakan. Namun demikian, Syeikh Abu Osman tetap bersabar di atas apa yang berlaku dan terus beredar dari situ. Hanya beberapa langkah kaki ke hadapan, lelaki itu memanggil semula Syeikh Abu Osman. Setelah itu dihalau semula seperti yang dilakukannya tadi. Demikianlah hal ini berulang shingga 30 kali, namun Syeikh Abu Osman masih mampu bersabar. Akhirnya lelaki tersebut mengakui akan kesabaran Syeikh Abu Osman, lelaki tersebut segera memohon maaf darinya. Kata Syerikh Abu Osman, "Apa yang lakukan ini adalah terlalu mudah, anjing pun boleh lakukan seperti apa yang buat. Cuba engkau perhatikan, jika dipanggil, anjng itu akan datang, jika dihalau anjing itu akan pergi tanpa menunjukkan rasa marah, kecewa atau putus asa sedikit pun. Apalah ertinya kesabaranku ini jika boleh dilakukan oleh seekor anjing yang tidak berakal."
MUSLIMIN HOMESTAY
-
Homestay untuk didiami kepada keluarga Muslimin yang memerlukan penempatan
sementara dan privacy serta selesa untuk didiami sehingga 10 orang.
*Lokasi *
Te...
11 years ago
0 comments:
Post a Comment