BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 22 April 2011

BunGaKu

Bismillahirrahmanirrahim...

Bunga...
Bunga merupakan salah satu ciptaan Allah yang indah. Ia merupakan sebahagiaan daripada keindahan alam yang membawa kita ke alam keajaiban. 
  • Bunga sering dikaitkan dengan simbol kegembiraan, kasih sayang, rasa bersyukur dan juga dukacita. Bunga juga sering menjadi perhiasan pada hari pertunangan, perkahwinan, kelahiran anak dan sebagainya. Ia menunjukkan simbol cinta, kesihatan dan umur yang panjang. Bunga ditabur di perkuburan pula sebagi tanda berkabung dan menghormati orang yang dicintai dan disayangi.
  • Bunga menjadi perhiasan pada perayaan hari kebesaran, hari kemerdekaan, menyambut orang kenamaan, penghormatan kepada pahlawan dan simbol sukacita. Perayaan akan terasa hambar dan kurang ceria tanpa hiasan bunga-bunga yang indah dan menarik.
  • Bunga juga dianggap bernilai kerana dipercayai memiliki pengaruh dan keistiwewaan tertentu. Nilai dan makna bunga slalu dikaitkan dengan bentuk, warna, bau, lagenda, mitos atau kepercayaan tertentu.
  • Warna bunga pula melambangkan sesuatu kepada penggemarnya. Putih dianggap melambangkan kesucian, kepercayaan, kejujuran dan perkabungan. kuning melambangka kebencian, dukacita dan kesedihan. Hitam melambangkan dukacita, kesungguhan hati dan kesedihan. Biru pula melambangkan kesetiaan dan renungan yang dalam. Merah melambangkan asmara, kemasyhuran, nafsu amarah, daya atau hasrat yang kuat. Emas melambangkan kemegahan dan kekuasaan, manakala perak pula melambangkan kepercayaan yang teguh.
Dalam banyak-banyak bunga ciptaan Allah...ada satu bunga menjadi pilihan hati. Bunga ini menjadi pilihan hati kerana keunikan bentuk, warna dan baunya. Bunga pilihan hati ini ialah.....
Bunga Lili

Bunga Lili Lilium longiflorum, famili Liliaceace sering dianggap sebagi lambang kemurnian oleh bangsa Mesir, Yunani dan Romawi kuno. Sebutan 'lilium' berasal dari bahasa Yunani leirus yang bererti lembut dan licin. Bunga ini ditanam di daerah sekitar Laut Tengah (Itali, Mesir dan sebagainya) sejak abad ke-9 SM. Bunga ini telah digunakan dalam upacara keagamaan atau pengkebumian. Bunga Lili berbentuk piala atau terompet panjang, besar, berwarna putih dan berbau harum. Spesis Lilium speciosum dan Lilium triginum juga banyak ditanam sebagai penghias kebun dan taman. Masyarakat lebih menyukai Lilium longiflorum untuk membuat gubahan bunga kerana warnanya yang putih bersih dan sedap dipandang mata.
Lilium Longiflorum
Lilium Speciosum
Lilium Triginum
 
 Terdapat hampir 100 jenis spesis bunga lili di dunia. Berikut merupakan sebahagian kecil daripada spesisnya. 

Lilium Albanicum

Lilium Amabile

Lilium Amoenum

Lilium Anhuiense

Lilium Arboricola

Lilium Auratum

Lilium Bakerianum

Lilium Bolanderi

Lilium Bosniacum

Lilium Brevistylum

Lilium Brownii