BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 15 February 2011

Qudwah Hasanah

Malu rasanya mengatakan cinta

Kepada dia kekasih Allah

Kerana dia insan mulia

Sedangkan diriku insan biasa


 
Ku pujuk jua hati dan jiwa

Meluahkan rasa cinta membara

Didalam pujian ucapan selawat

Tanda penghargaan seorang umat



Selagi upaya ku turuti ajarannya

Apa terdaya ku amalkan sunnahnya

Moga didunia mendapat berkat

Di akhirat sana beroleh syafaat



Kerana peribadinya aku terpesona

Kerana budinya aku jatuh cinta

Rindu ku padanya tiada terkata

Nantikanlah daku ditaman syurga



Sesungguhnya apa yang ku dambakan

Adalah cinta Allah yang Esa

Kerana cinta kepada Rasulullah

Beerti cinta kepada Allah
 
 
Surah al-Ahzab (ayat 21):


لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٌ۬ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأَخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). "

Marilah berselawat ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W.. Semoga beroleh syafaat di sana nanti...amin... Salam Maulidur Rasul...