BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 22 February 2011

Aku BUKAN Bidadari

Bismillahirrahmanirrahim...

Kesekian kalinya kuungkapkan pujian itu padaMu ya Tuhanku Yang Maha Sempurna. Maha Suci Allah...panah penilaianmu tepat mengena hatiku hingga 'diam' menjadi teman saat dirinya melontarkan bicara itu dengan hikmahnya. Lalu, aku tersedar saatku lihat mentari yang menyilaukan pandanganku untuk menikmati sinarnya dan juga mungkin Tuhanku ingin memberitahu bahawa kebesaranNYA lebih pantas mendapat pujian daripada seorang yang duduk di bawah mentarinya. Ku alunkan ayat-ayat suciMU yang tersusun indah. Sesungguhnya ayat-ayatMU yang merdu..bukan kemerduan suara pengalunnya.

Sesungguhnya perlu dirimu tahu, dan memang sebenarnya dirimu HARUS tahu bahawa:

Aku bukan Ainnul Mardhiah, bidadari syurga itu yang seharum kuntuman wangian syurga kerana aku tidak mampu memiliki wangian indah yang ingin dihidu oleh hidungmu.

Aku juga bukan Siti Maryam yang terpelihara kesuciannya. Ya...memang aku berhijab untuk menjaga mahkotaku tapi aku tidak tahu jika Tuhan mengkehendakinya..nau'zubillahiminzalik..

Aku juga tidak seteguh Fatimah...ada kalanya aku memprotes, mengeluh tentang apa yang terjadi padaku. Aku lemah..aku tidah sekuat yang dirimu fikirkan.

Aku juga tidak sepemurah Siti Khadijah...kerana aku belum mencapai tahap kekayaan yang mampu untuk dikongsi bersama yang memerlukan.

Kadang-kadang dirimu kata aku cantik dan comel. Terima kasih atas semua itu. Namun aku umpama jauh panggang dari api jika dibandingkan dengan artis-artis pujaan hatimu apatah lagi jika dibandingkan dengan Sarah isteri Nabi Ibrahim yang mana kecantikannya bisa memikat sang Raja penguasa pada masa itu.

Sekali lagi..ingin kutegaskan bahawa AKU BUKAN BIDADARI yang sesempurna fikiranmu kerana aku hanya gadis yang bernama Ain.

Aku hanya Ain yang menjaga diri dengan membina benteng seadanya,
Aku hanya Ain yang cuba bertahan dalam kemelut zaman yang kian menyesatkan,
Maafkan aku jika aku terjatuh kerana batu-batu kecil yang tidak bersalah,
Maafkan aku kerana kebodohanku yang tidak mengerti hak dan batil,
Maafkan aku jika kelemahanku dimanfaatkan oleh meraka yang punya penyakit hatinya,
Maafkan aku jika pandanganku terlintas melihat yang harusnya terjaga dari lena yang melalaikan,
Maafkan aku jika di suatu waktu aku leka dalam penjagaan diriku sendiri,
Maafkan aku kerana aku bukan bidadari yang menjadi idaman hatimu.
Sesungguhnya aku tidak sempurna...