Bismillahirrahmanirrahim...
Dinda : Oh Kekanda jangan irihati, Dinda naik pangkat lagi..
Kanda: Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini..
Dinda : Jadi Dinda mahu mengambil masa
Kanda: Tapi Kanda mahu segera
Dinda : Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Kanda: Tapi Kanda mahu cahaya mata
Dinda : Dinda belum bersedia
Kanda: Kanda dah beria-ia
Dinda : Jadi yg mana satu?
Kanda & Dinda : Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Kanda: Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
Dinda : Oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati ,tak rela dikongsi
Kanda: Kanda kerja overtime, terlebih masa
Dinda : Itu yg Dinda harus berwaspada
Kanda: Ini semua demi masa depan keluarga
Dinda : Dengan Dinda atau sebaliknya?
Kanda: Kanda kerja malam
Dinda : Dinda kerja siang
Kanda: Jadi bila nak bertemu
Kanda & Dinda : Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka
Dinda : Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!
Kanda: Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!
Kanda & Dinda : Bagaimana? Bagaimana kita nak selesaikannya?
Apa keputusannya?
Dinda : Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!
Kanda: Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!
Kanda & Dinda : Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan
Kanda: Kanda polar kutub Utara
Dinda : Dinda kutub Selatan
Kanda & Dinda : KOMUNIKASI, sikap TOLERANSI! itu yg kita perlu
Kanda & Dinda : Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka
Kanda: Walau kita sering dgn cara masing2
Dinda : Kanda yg Perdana
Kanda: Dinda yg Utama
Dinda : Kanda segalanya..
Kanda: Dindalah Nyawa
Kanda & Dinda : kita tetap bahagia bila bersama sama
bahagia bersama,
bersama selamanya,
bahagia selama- lamanya!