Bismillahirrahmanirrahim...
Kalimah pembuka segala bicara & segala tingkah laku semoga sentiasa di bawah payung rahmat, berkat dan nikmat kurniaanNYA Yang Maha Esa...Yang selalu dekat di hati & sanubari.
Alhamdulillah...syukur pada Allah...
Kini sudah melangkah setapak lagi ke tahun baru 2011... alhamdulillah diri ini masih lagi diberi peluang untuk bernafas di dunia yang fana ini. Masih belum terlambat rasanya jika diri ini mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua sahabat2 yang budiman dan kepada bloggers yang sudi singgah di blog yang x seberapa ini.
Alhamdulillah...syukur pada Allah...
Kerana mengurniakan nikmat menghabiskan cuti hujung tahun bersama keluarga tercinta. Alhamdulillah...diri ini masih diberi kesempatan dan kekuatan untuk berbakti kepada mereka yang memerlukan.
Alhamdulillah...syukur pada Allah...
Diri ini selamat sampai ke destinasi menuntut ilmu, UUM Sintok. Alhamdulillah...kini dah masuk semester yang ke-6. Terasa pantas masa berlalu...
Alhamdulillah...syukur pada Allah...
Kerana mengurniakan kegembiraan kepada diri ini, ibu bapa dan keluarga khasnya. All praises to Allah...result semester ke-5 amat setimpal dengan usaha. Terima kasih kepada ibu bapa tercinta, sahabat2 seperjuagan, yang bertakhta di hati (charger)... anda semua sumber inspirasi diri ini...
Alhamdulillah...syukur pada Allah...