BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, 28 January 2011

HaTi aDaLaH RaDaR Yg aJaiB!

Bismillahirrahmanirrahim...

Pernahkah anda rasa berdebar-debar, gelisah, tidak tenteram, tidak sedap hati dan sebagainya?

Semua fenomena itu sebenarnya adalah isyarat yang dipancarkan oleh hati seseorang bahawa ada sesuatu yang menjadi ancaman kepada diri manusia dan ianya dapat dikesan oleh HATI.



Sabda Rasullulah s.a.w: 'Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan adalah hati.'



Hati adalah ibarat raja bagi tubuh badan manusia. Di sinilah tersimpan tenaga yang hebat seperti pemikiran dan tenaga emosi. Jika hati seseorang itu diisi dengan sifat mahmudah(baik) maka hebatlah seluruh anggota badannya dan akan melahirkan seseorang yang berakhlak mulia. Jika hati telah dikotori dengan sifat mazmumah (keji) maka rosaklah peribadi dan akhlak seseorang itu.



Hati adalah radar yang hebat untuk mengesan perbuatan manusia, sama ada mengesan perkara yang baik atau buruk. Apabila kita melakukan perbuatan yang berdosa, kita akan mudah untuk rasa berdebar-debar dan cemas.Seterusnya ia akan menyebabkan kita rasa gelisah dan tertekan.



Isyarat ini sebenarnya bertujuan untuk menyuruh supaya seseorang untuk kembali pada YANG SATU. Apabila kita memohon keampunan dan bertaubat maka hati kita akan kembali tenang. Hati yang berpenyakit dari segi batin perlu dirawat seberapa segera kerana ianya bukan sahaja memberikan kemudaratan pada ketenteraman jiwa malah boleh menyebabkan penyakit pada anggota badan.



Bagaimana hati mendapat tenaga dan kekuatan?



Makanan hati adalah taqwa kepada Allah. Zikir, membaca Al-Quran, menuntut ilmu agama, memberi zakat, bersedekah dan berbaik sangka adalah makanan hati yang enak dan lazat. Jika hati tidak diberi makan, maka seseorang itu akan menghidap penyakit batin dan zahir.Dengan cara memberikan makanan pada hati,barulah seseorang berhak untuk memperolehi kebahagiaan.



Apakah cara untuk merawat hati yang berpenyakit dan menghidupkan hati yang mati?



Caranya ialah dengan bertaubat.Meminta keampunan, mengingati kematian dan sentiasa melakukan amal kebajikan.Ini akan memulihkan dan menghidupkan semula hati.



Hanya dengan mengingati Allah seperti dalam firman Allah;



'(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.' (Ar-Ra'd :28)



Apabila hati kita mendustakan ayat-ayat Allah maka termasuklah kita dalam kategori hati yang berpenyakit sepertimana firmanNya;



'Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.' (Al-Baqarah:10)



Oleh itu,apabila hati kita mengesan sesuatu yang tidak menyenangkan maka marilah kita segera kembali kepada Allah sebelum hati kita menjadi keras.Ingatlah pesananNya yang bermaksud:



'Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.'(Al-Hadid:16)




Petikan artikel: www.iluvislam.com
mindataqwa*
Editor: lailatulema

Thursday, 27 January 2011

If I Had My Child to Raise Over Again

If I had my child to raise all over again
I'd build self-esteem first, and the house later
I'd finger-paint more, and point finger less
I would do less correcting and more connecting
I'd take my eyes of my watch, and watch with my eyes
I would care to know less and know to care more
I'd take more hikes and fly more kites
I'd stop playing serious and seriously play
I would run through more fields and gaze more stars.

By Dianne Lemons (From Chicken Soup for the Soul)

Monday, 24 January 2011

SuKa SuKi

Bismillahirrahmanirrahim...

Dinda : Oh Kekanda jangan irihati, Dinda naik pangkat lagi..
Kanda: Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini..

Dinda : Jadi Dinda mahu mengambil masa
Kanda: Tapi Kanda mahu segera
Dinda : Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Kanda: Tapi Kanda mahu cahaya mata
Dinda : Dinda belum bersedia
Kanda: Kanda dah beria-ia
Dinda : Jadi yg mana satu?
Kanda & Dinda : Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Kanda:  Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
Dinda : Oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati ,tak rela dikongsi

Kanda: Kanda kerja overtime, terlebih masa
Dinda : Itu yg Dinda harus berwaspada
Kanda: Ini semua demi masa depan keluarga
Dinda : Dengan Dinda atau sebaliknya?
Kanda: Kanda kerja malam
Dinda : Dinda kerja siang
Kanda: Jadi bila nak bertemu
Kanda & Dinda : Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka

Dinda : Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!
Kanda: Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!
Kanda & Dinda : Bagaimana? Bagaimana kita nak selesaikannya?
Apa keputusannya?

Dinda : Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!
Kanda: Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!
Kanda & Dinda : Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan

Kanda: Kanda polar kutub Utara
Dinda : Dinda kutub Selatan
Kanda & Dinda : KOMUNIKASI, sikap TOLERANSI! itu yg kita perlu
Kanda & Dinda : Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka

Kanda: Walau kita sering dgn cara masing2
Dinda : Kanda yg Perdana
Kanda: Dinda yg Utama
Dinda : Kanda segalanya..
Kanda: Dindalah Nyawa
Kanda & Dinda : kita tetap bahagia bila bersama sama
bahagia bersama,
bersama selamanya,
bahagia selama- lamanya!

AMIN...YA RABBAL A'LAMIN....

Sunday, 16 January 2011

aLHamDuLiLLaH...aLL pRaiSeS to ALLAH...

Bismillahirrahmanirrahim...
Kalimah pembuka segala bicara & segala tingkah laku semoga sentiasa di bawah payung rahmat, berkat dan nikmat kurniaanNYA Yang Maha Esa...Yang selalu dekat di hati & sanubari.

Alhamdulillah...syukur pada Allah...
Kini sudah melangkah setapak lagi ke tahun baru 2011... alhamdulillah diri ini masih lagi diberi peluang untuk bernafas di dunia yang fana ini. Masih belum terlambat rasanya jika diri ini mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua sahabat2 yang budiman dan kepada bloggers yang sudi singgah di blog yang x seberapa ini.

Alhamdulillah...syukur pada Allah...
Kerana mengurniakan nikmat menghabiskan cuti hujung tahun bersama keluarga tercinta. Alhamdulillah...diri ini masih diberi kesempatan dan kekuatan untuk berbakti kepada mereka yang memerlukan.

Alhamdulillah...syukur pada Allah...
Diri ini selamat sampai ke destinasi menuntut ilmu, UUM Sintok. Alhamdulillah...kini dah masuk semester yang ke-6. Terasa pantas masa berlalu...

Alhamdulillah...syukur pada Allah...
Kerana mengurniakan kegembiraan kepada diri ini, ibu bapa dan keluarga khasnya. All praises to Allah...result semester ke-5 amat setimpal dengan usaha. Terima kasih kepada ibu bapa tercinta, sahabat2 seperjuagan, yang bertakhta di hati (charger)... anda semua sumber inspirasi diri ini...

Alhamdulillah...syukur pada Allah...