BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, 30 April 2011

Pelangi Petang

Bismillahirrahmanirrahim...

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...
 
Embun pagi dan pelangi petang yang comel~
 

Friday, 22 April 2011

BunGaKu

Bismillahirrahmanirrahim...

Bunga...
Bunga merupakan salah satu ciptaan Allah yang indah. Ia merupakan sebahagiaan daripada keindahan alam yang membawa kita ke alam keajaiban. 
  • Bunga sering dikaitkan dengan simbol kegembiraan, kasih sayang, rasa bersyukur dan juga dukacita. Bunga juga sering menjadi perhiasan pada hari pertunangan, perkahwinan, kelahiran anak dan sebagainya. Ia menunjukkan simbol cinta, kesihatan dan umur yang panjang. Bunga ditabur di perkuburan pula sebagi tanda berkabung dan menghormati orang yang dicintai dan disayangi.
  • Bunga menjadi perhiasan pada perayaan hari kebesaran, hari kemerdekaan, menyambut orang kenamaan, penghormatan kepada pahlawan dan simbol sukacita. Perayaan akan terasa hambar dan kurang ceria tanpa hiasan bunga-bunga yang indah dan menarik.
  • Bunga juga dianggap bernilai kerana dipercayai memiliki pengaruh dan keistiwewaan tertentu. Nilai dan makna bunga slalu dikaitkan dengan bentuk, warna, bau, lagenda, mitos atau kepercayaan tertentu.
  • Warna bunga pula melambangkan sesuatu kepada penggemarnya. Putih dianggap melambangkan kesucian, kepercayaan, kejujuran dan perkabungan. kuning melambangka kebencian, dukacita dan kesedihan. Hitam melambangkan dukacita, kesungguhan hati dan kesedihan. Biru pula melambangkan kesetiaan dan renungan yang dalam. Merah melambangkan asmara, kemasyhuran, nafsu amarah, daya atau hasrat yang kuat. Emas melambangkan kemegahan dan kekuasaan, manakala perak pula melambangkan kepercayaan yang teguh.
Dalam banyak-banyak bunga ciptaan Allah...ada satu bunga menjadi pilihan hati. Bunga ini menjadi pilihan hati kerana keunikan bentuk, warna dan baunya. Bunga pilihan hati ini ialah.....
Bunga Lili

Bunga Lili Lilium longiflorum, famili Liliaceace sering dianggap sebagi lambang kemurnian oleh bangsa Mesir, Yunani dan Romawi kuno. Sebutan 'lilium' berasal dari bahasa Yunani leirus yang bererti lembut dan licin. Bunga ini ditanam di daerah sekitar Laut Tengah (Itali, Mesir dan sebagainya) sejak abad ke-9 SM. Bunga ini telah digunakan dalam upacara keagamaan atau pengkebumian. Bunga Lili berbentuk piala atau terompet panjang, besar, berwarna putih dan berbau harum. Spesis Lilium speciosum dan Lilium triginum juga banyak ditanam sebagai penghias kebun dan taman. Masyarakat lebih menyukai Lilium longiflorum untuk membuat gubahan bunga kerana warnanya yang putih bersih dan sedap dipandang mata.
Lilium Longiflorum
Lilium Speciosum
Lilium Triginum
 
 Terdapat hampir 100 jenis spesis bunga lili di dunia. Berikut merupakan sebahagian kecil daripada spesisnya. 

Lilium Albanicum

Lilium Amabile

Lilium Amoenum

Lilium Anhuiense

Lilium Arboricola

Lilium Auratum

Lilium Bakerianum

Lilium Bolanderi

Lilium Bosniacum

Lilium Brevistylum

Lilium Brownii







Wednesday, 20 April 2011

RaSe NaK...

Bismillahirrahmanirahim...

I

JUST

WANT

U

TO

KNOW

THAT

I

LOVE

U

Rasa nak...sedut sampai ke titisan yang terakhir...(*_*)


I LOVE U
I LOVE U 
I LOVE U COOL BLOG

Either Honey Dew Ice Blended+Black Pearl

Or Honey Dew Ice Blended+Rainbow Jelly



Tuesday, 19 April 2011

Aku Hanya Ain

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku hanya seorang insan bernama Ain
Ain yang membawa maksud "mata"
Mata yang dianugerahkan untuk melihat
Melihat keagungan ciptaanNya 
Dan melihat siapakah yang bakal menjadi pemimpin

Aku hanya seorang insan bernama Ain
Aku tidak sempurna
Aku perlukan pimpinanmu
Agar aku tidak tergelincir dari landasanNya
Dan tidak terkandas menuju destinasi impian

Aku hanya seorang insan bernama Ain
Aku tidak cantik 
Dan tidak pernah mengharapkan kecantikan fizikal itu menjadi milikku
Terimalah aku seadanya
Seandainya dirimu sudi menjadikan aku teman hidupmu

Aku hanya seorang insan bernama Ain
Aku tidak pandai
Tapi insyaAllah aku bakal cerdik 
Sekiranya dirimu sudi menjadi pemimpinku yang setia
Dan sabar melayan kerenahku

Aku hanya seorang insan bernama Ain
Kekuranganku mungkin jelas kelihatan
Maka tutupilah kekuranganku dengan kata-kata hikmahmu
Jika kekuranganku menjadi sebab musabab aku tidak layak menjadi temanmu
Maka carilah yang lebih baik dariku

Saturday, 16 April 2011

Bicara Yang Baik Atau DIAM

Bismillahirrahmanirrahim...

HATI adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan Allah sebagai titik untuk menilai keikhlasan. Di hati lahirnya niat yang menjadi penentu sesuatu amalan diterima sebagai pahala atau sebaliknya. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik supaya tidak rosak, sakit, buta, keras dan tidak mati bagi mengelak penyakit masyarakat yang berpunca daripada hati. Kerosakan pada hati membawa kepada kerosakan seluruh nilai hidup pada diri seseorang individu. Penyakit hati yang menyerang kebanyakan kita ialah penyakit fitnah, sama ada menjadi penyebar atau mudah mempercayai fitnah.

Perbuatan fitnah adalah sebahagian perbuatan mengadu-domba yang mudah menyebabkan permusuhan dua pihak yang dikaitkan dengan fitnah berkenaan. Masyarakat yang dipenuhi budaya fitnah akan hidup dalam keadaan gawat. Sebelah pihak sibuk menyebarkan fitnah dan sebelah pihak lagi terpaksa berusaha menangkis fitnah itu. Natijah akibat perbuatan itu boleh mencetus persengketaan dan mungkin berakhir dengan tragedi kerugian harta benda dan nyawa. Individu yang suka menyebar fitnah sentiasa mencari kejadian atau berita boleh dijadikan bahan fitnah. Dengan sedikit maklumat, berita itu terus disebarkan melalui pelbagai saluran yang merebak dengan mudah. Berita sensasi, terutama berkaitan individu ternama dan selebriti mudah mendapat perhatian khalayak.

Justeru, Allah memberi peringatan mengenai bahaya fitnah. Firman-Nya yang bermaksud: "Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya." (Surah al-Baqarah, ayat 191)

Apabila fitnah tersebar secara berleluasa, ia bermakna nilai agama sudah musnah dalam diri seseorang atau masyarakat. Islam bertegas tidak membenarkan sebarang bentuk fitnah biarpun untuk tujuan apa sekalipun.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah." (Hadis riwayat Muslim)

Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan.

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud: "Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu. Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan. Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti. Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan "dengar khabaran" mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?" Rasulullah bersabda lanjut: "Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya." (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: "Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain." (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah. Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama. Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.

Semoga dijauhi...

Wednesday, 6 April 2011

I am a GIRL not yet a WOMAN

Bismillahirrahmanirrahim...

When a girl is QIUET
Millions of things are running in her mind

When a girl is NOT ARGUING
She is thinking deeply

When a girl looks at you with eyes full of questions
She is wondering how long would you be around

When a girl answers "I'm fine" after a few seconds
She is not at all fine

When a girl stares at you
She is wondering why you are lying

When a girl lays on your chest
She is wishing you will be hers forever

When a girl calls you everyday
She is seeking for your attention

When a girl sms's you everyday
She wants you to reply at least ONCE

When a girl says I LOVE YOU
She means it

When a girl says that she can't live without you
She has made up her mind that you are her future

When a girl says "I MISS YOU"
No one in this world can miss you more than her


*She LOVES him and she MISS him... 
*She CAN'T say it coz he CAN'T hear it...
*Only their heart can interpret it as GOD knows what is the BEST for THEM