BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, 31 March 2011

K.I.U.T S.A.N.G.A.T

Bismillahirrahmanirrahim...

Entry kali ini agak kiut...sebab subjek amat kiut. 

Gambar ni agak 'kiut' kerana camera henpon yg xbape nak kiut

Kiutnye gambar ni..xpuas nak tgk!
Aloloh...bucuk2...

Encemnyer...

Cayang ckit...

Hurmmm..

Cayang lagiiii...

Ok..ready for flying kiss...(*_*)
Edisi Raya 2009

Huhu...kiss lagii..

Raya 2010

Ala comey2... 
Tertanya-tanya siapakah subjek2 di atas? Hurm...subjek2 inilah cousinku (anak mak sedara belah ayahandaku). Sesungguhnya, diriku menyedari kewujudan subjek2 ini pada tahun ketiga pengajianku di IPGM-Kampus Pulau Pinang. Mengapakah? Ini menggambarkan bahawa kebanyakan masaku dihabiskan di perantauan sehingga tidak menyedari kewujudan subjek2 ini. Sesungguhnya, inilah kewujudan yang indah bagi setiap ibu bapa. Kewujudan subjek2 inilah yang memberi sinar hidup kepada ibu bapa, mewarna indah kehidupan atuk nenek yang di penghujung usia dan juga penghibur bagi insan yang berduka. Diriku tidak pernah mengenali subjek2 ini lebih dekat dan kemungkinan besar mereka juga tidak mengenaliku (tidak mustahil). Nama subjek2 di atas pun diriku tidak pernah tahu seadanya...cuma tahu nama timangan.

DANIAL dan SYAHIRAH

Sunday, 27 March 2011

I'm Happy to be a WOMAN..lalala~

Bismillahirrahmanirrahim...

Dear ladies...
Don't u feel lucky to be women?
WE are GREAT
Be PROUD of ourselves and THANKFUL of what we have
WE are UNIQUE
WE can cheer this world and have a WONDERFUL LIFE
Just put a SMILE on your face
Every FEAR and SAD will FADE

I want to be HAPPY and I choose to be HAPPY

Saturday, 19 March 2011

JANGAN BERKATA.....

Bismillahirrahmanirrahim...

Hadis Sahih Muslim, daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah saw bersabda:

Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah. Masing-masing ada mempunyai kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan sesuatu yang berguna (di dunia dan akhirat); dan hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah dan jangan merasa lemah, yakni putus harapan atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu JANGANLAH berkata "KALAULAH aku berbuat demikian tentu akan jadi begini dan begitu"; akan tetapi KATAKANLAH, "Taqdir Allah dan Allah berbuat sekehendakNYA". Sesungguhnya perkataan KALAULAH hanya akan membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.

(Imam Nawawi, Riyadhus Solihin (Terj), Jilid 1, bahagian hal ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, ms 147)

*Manusia hanya mampu merancang, tapi Allah penentu yang hebat...

Friday, 18 March 2011

ALLAH has answered my PRAYERS???

Bismillahirrahmanirrahim...

Allah has answered my prayers?
How can I know Allah has answered my prayers?
Allah answers prayers in 3 ways
HE says YES
Means that HE gives u what u WANT
HE says NO
Means that HE gives u something BETTER
HE says WAIT
That means HE gives u THE BEST in HIS own time
Then...
When the time has come
Let us say
SUBAHANALLAH,
ALHAMDULILLAH, 
ALLAHU AKBAR!
Allah knows what is the BEST for u


Wednesday, 16 March 2011

Tuan haji...Tuan Haji

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini hari Selasa yang awesome!
Kuliah 3jam + Physical Test 3jam = Letih yang teramat ok!
3 jam ber'sejuk'kan dalam dewan kuliah (11:00-14:00pm)
3 jam ber'panas'an di pusat sukan (16:00-19:00pm)
dan sepatutnya be'rendam'an di kolam renang (20:00-22:00pm)
tapi xjadi kerana ketua kumpulan (Mira) ade hal lain hari ini.

Sesungguhnya hari Selasa setiap minggu memang awesome!
Setiap kali hari Selasa tiba
Maka akan terfikir..
Nak pakai baju apa nak pegi kuliah Tuan Haji?
Nak pakai colour ape?
Nak pakai tudung ape?
Heheheheh...kenapa?
Sebab..sekejap lagi pukul sebelas nak jumpa Tuan Haji..
Tuan Haji? Siapa Tuan Haji?
Tuan Haji adalah seorang lecturer 
Untuk kursus Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan
Tuan Haji adalah seorang jejaka kacak dan tampan
Berumur dalam lingkungan 60-70 (may be)
Tapi gaya macam 40-an...oyeaahhh~

Hari ni Tuan Haji suruh buat pembetulan assignment 'berpasangan'
Bila dah buat pembetulan dan yakin dengan hasil kerjaya
Maka ditanyakan pada Tuan Haji untuk menentukan kesahihan
Tuan Haji pun berkata "Comel jadual ni macam tuannya..."
Subhanallah...hati berbunga-bunga bila Tuan Haji berkata begitu
Pipi terus merona merah sebab Tuan Haji kata saya COMEL...(*_*)

Tuan Haji..Tuan Haji...
Kerana Tuan Haji..hari ini rasa bersemangat nak buat physical test!
Ada dua test
Cardiovascular Endurance Test dan Speed Test
Test tersebut amat menarik 
Sebab banyak menggunakan bahagian kaki
Alhamdulillah...test dilakukan dengan jayanye
Tapi resultnya xnak citer la...heheheh..

Sekian...Sebenarnye nak citer part Tuan Haji tu je...


Comel kan Tuan Haji...Peace Tuan Haji..(^_*)

Friday, 11 March 2011

Sorry...No Result.

Bismillahirrahmanirrahim...

Sebenarnya dalam mood buat assignment ni...(chewah..bajet rajin plak). Sambil2 surf internet cari bahan untuk buat assignment, telinga disumbat dengan headphone dengar lagu2 dalam playlist. Tengah syok dengar lagu2 ni...tiba2 satu lagu ni mengingatkan diriku zaman kanak2 riang dulu (ala2 dejavoo)...macam pernah terjadi. Seolah-olah diriku berada dalam lagu tu...tak pun seolah-olah ada seseorang yang menyanyikan lagu tu untukku. Haaaaa..baru diriku teringat bahawasanya lagu tersebut selalu didendang oleh ibuku ketika mendodoi diriku dalam buaian. Jari-jariku terus pantas menekan papan kekunci untuk mencari lirik lagu tersebut. 'Sorry...No Result'...

Aduh...kecewa...(T_T)
Maka...diriku pantas menaip satu persatu bait-bait perkataan sambil mendengar lagu berulang-ulang kali.
Ni la lirik lagunye...hehe..

Joget Burung Merpati (Syarifah Aini & Herman Tino)
Burung merpati terbang sejoli
Menentang badai di kala senja
Usahlah adik bersedih hati
Besedih itu tiada gunanya

Burung merpati terbang melayang
Hinggap di ranting di pohon manggis
Kasih yang putus dik jangan dikenang
Kalau dikenang tentu menangis

Bukannya mati kerna penyakit
Mati tergantung tiada bertali
Putusnya cinta memanglah sakit
Obat pun susah kalau dicari

Kalau kutahu sakit bercinta
Harap ku mahu terima janji
Ditinggal kasih dik biarkan saja
Cari yang lain buat pengganti

Hahahaha...ni la lagu favourite ibuku masa diriku kecik2 dulu. Sekali dengar, suara ibuku persis suara Syarifah Aini (betul..tak tipu). Dalam banyak-banyak lagu yang ibuku dendangkan, lagu ini la paling berkesan buat aku dibuai lena yang asyik dalam buaian. Heheheh...
*Tujuan asal nak buat assignment...last2 taip lirik lagu pulak dah. Sekian terima kasih. Nanti kalau sesiapa search lagu ni..maka mereka akan terjumpa blog diriku yang tak seberapa ni...huhu~


Wednesday, 9 March 2011

*SeDeTiK LeBiH*

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta
Dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Hurm..ni lagu ciptaan Edry Abdul Halim (KRU)
Nyanyian jejaka kacak...Anuar Zain
OST "Hikayat Merong Mahawangsa"
Jejaka Kacak

Bakal ditayangkan di pawagam 10 Mac 2011
Sambil mendengar bait-bait lagu Sedetik Lebih alunan merdu jejaka kacak ni...terlintas nak tau apakah cerita sebenar Hikayat Merong Mahawangsa. Maka, aku yang bernama Ain terjumpa la website yang menceritakan Hikayat Merong Mahawangsa ni dari sudut sejarah. Sumber daripada Sastera Rakyat Negeri Kedah tulisan Siti Hawa Saleh: http://sasterarakyat-kedah.com/?cat=5

Ringkasan cerita Hikayat Merong Mahawangsa

Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh geroda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.
Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.
Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepaga Sultan Muzaffar Syah.

Beberapa unsur Pensejarahan Melayu Tradisional Dalam Hikayat Merong Mahawangsa 

Pengarang karya sastera sejarah tradisional menggunakan berbagai-bagai unsur mitos dan lagenda untuk dijadikan sebagai bukti subjektif dalam penulisannya. Bila hikayat itu menceritakan tentang sesuatu yang lebih dekat dengan zaman kini, barulah bukti objektif seperti unsur realiti dan sejarah sebenar dipakai.
Dalam HMM kita bertemu dengan berbagai-bagai unsur mitos yang berasal daripada pengaruh Hindu dan juga setempat. Pengaruh-pengaruh yang berbeza juga dipertentangkan supaya ternampak yang satu lebih mengatasi yang lain. Burung geroda, binatang mitis hindu kenderaan Visynu dipertentangkan dengan kuasa Allah menerusi Nabi Allah Sulaiman. Unsur mitos Hindu dan animisme seperti gajah sakti, anak raja yang ditemui dalam buluh betung dan dalam sungai, mitos asal usul tempat dan lain-lain semuanya dikemukakan dengan cara yang teratur dan bertujuan memberikan asal usul raja Kedah gambaran yang agung dan gemilang.
Cerita-cerita di sekitar Raja Bersiung adalah contoh penggemblengan unsur mitos Hindu dan unsur perlambangan untuk memberikan asal usul raja-raja Kedah suatu pewarnaan keagungan dan kehebatan.
Penggemblengan unsur realiti dan mitos tergambar dalam gaya pengarang menceritakan bagaimana terjalinnya perhubungan antara Kedah dengan Siam. Dengan cara yang menarik, pengarang tidak menafikan bahawa Siam mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dari Kedah dan mengaku Kedah menghantar bunga mas dan perak kepada Siam. Tetapi pujangga istana Kedah menjelaskan peristiwa-peristiwa ini berlaku dengan pendekatannya yang tersendiri tanpa menjejaskan kedaulatan negeri Kedah.
Telah dijelaskan dari awal bahawa perhubungan antara negeri Kedah dengan Siam adalah berasaskan ikatan kekeluargaan antara adinda bongsu dengan kekanda sulung. Dengan mudah dapat diterima mengapa permaisuri Raja Bersiong dan menteri keempat meminta bantuan dari Siam bila menghadapi masalah mencari orang yang sesuai untuk dijadikan raja, menggantikan Raja Bersiong.
Pengarang tidak mengatakan Raja Siam terus membantu tetapi Raja Siam berunding dengan ahli nujum dan meminta pihak ketiga, iaitu gajah sakti, untuk menyelesaikan masalah itu. Dengan menggunakan unsur-unsur yang wujud dalam sistem kepercayaan masyarakat, pengarang menyatakan tugasnya sebagai pujangga istana yang bertanggungjawab.
Keunggulan HMM makin terserlah dalam pengisahan kedatangan Islam ke negeri Kedah dan proses penyesuaian dari amalan menyembah berhala kepada bertakwa kepada Allah Subhanahu wa Taala.Walaupun ia menceritakan peristiwa yang sama yang disebut dalam banyak karya sastera, pujangga istana Kedah menceritakannya dengan gaya yang berbeza.

Kesimpulan

HMM yang dikarang dengan berdasarkan konsep penulisan sejarah Melayu tradisional, menjalankan peranannya sebagai sebuah penulisan sejarah. Ia bukanlah dikarang semata-mata berdasarkan khayalan dan dongengan; malah banyak rahsia budaya dan nilai hidup zaman dulu tersirat dalam himpunan perlambangan, mitos dan lagenda.

*terima kasih kepada sahabatku Ajimaginasi kerana memperkenalkan lagu Sedetik Lebih ni.. at least terlintas jugak nak  cari kisah Hikayat Merong Mahawangsa ni..(*_*)


 


Thursday, 3 March 2011

Really??? Yup..I Can..

S.W.I.M.M.I.N.G

Swimming is a verb.
Yup..it is a verb.
Swimming is something like...
AMAZING!
How can I float?
Seriously..I can't swim
Coz i can't float!
but now...
2 days ago..
1 MAC 2011
YESSS!!!
Alhamdulillah...
I CAN DO IT!
I CAN SWIM!
Breaststoke is my fisrt skill...
Special credit to IKA and NADYA
Both of u have done a really great job!

UUM swimming pool

Here is where my first lesson begin

Breaststroke-my first skill

CONGRATULATION TO ME MYSELF..hehehe~
p/s: kepada kamu yang berkenaan...jangan risau jika kamu berada di kawasan perairan jika bersama saya.
Saya akan jadi heroin yg datang menyelamatkan kamu...yang hensem itu..hahaha~

My.HoMe.sWeeT.HoMe

Bismillahirrahmanirrahim...

My Home Sweet Home?
So, what is HOME?
For me, it is a place where people remember and think of me.
Anywhere in this world..
as long as there is somebody always think of me..
a place I can go back to and called HOME.
But, it is not as easy as it is.
The concept of home is much bigger than that.
It needs to be truly understood
Before you can believe a place to be called as HOME.

If it is empty..we called it HOUSE
When there are peoples live in there...
Then we called it HOME.
So..it is about people living in it.
It is about our relationship with people according to the level.
Acquaintances..
Friends..
Colleagues..
Special friends..
Husband and wife..
Families..

Home Sweet Home
I miss my home actually..
I miss my little hometown.
A little town called SARATOK.
SARATOK in my heart and soul.
SARATOK is where I born.
SARATOK is where I belong.
SARATOK is like no other places.
SARATOK is not famous
but SARATOKIAN might be famous...haha~

SARATOK
A town and the capital of the Saratok District
1,586.9 square kilometres in Betong Division.
It is located about 115km away from Sibu.
East malaysia in the island of Borneo.

Saratok is in the middle of Betong and Sibu

Iban is the majority of the population (51%)
Malay (40%)
Chinese (7%)
while Bidayuh and Melanau as the minorities.

Panorama of My Hometown


 Surrounded with paddy fields and lush greenery surrounding

Paddy fields beside the road along the way

This is what we called 'wap' or 'jelatung'/jetty


Riverside of Sg. Krian
Crocodile? Yup..there it is..'dalam air yang tenang'

Playground near the jetty
Saratok Mosque

Saratok Town Square
Clock Tower as the landmark

Chinese business houses
Saratok District Council Office
Saratok Public Library
Saratok Mini Stadium
SK. Abg Abd rahman Saratok
(my primary school0
Unique roof architecture of SK. ABG ABD RAHMAN SARATOK

Small...small town



Shopping Complex? Hypermarket?
There's no shopping complex or hypermarket.
Fast food?
No McD..No KFC..No Secret Recipe
There's only

Sugar Bun pun ok la...=)

So...HOME is a place where people remember and think of You.




Tuesday, 1 March 2011

Semalam, Hari Ini dan Esok antara Aku dan Kamu

Bismillahirrahmanirrahim...



Hari ini dan Semalam...
Semalam aku berduka, hari ini aku gembira
Semalam aku sakit, hari ini aku mampu bangkit
Semalam aku sibuk, hari ini aku ada masa ber'facebook'
Semalam aku xpuasa, hari ni pun aku xpuasa...hahaha~

Aku dan Kamu
Aku gembira, kamu pun gembira
Aku bersedih, kamu pun buat-buat sedih
Aku marah, kamu xtentu arah
Aku nangis, kamu buat jd lagi tragis
Aku stress, kamu pun stress
Aku pakai baju merah, kamu pun pakai baju merah

kadang-kadang...
Aku jadi racun, kamu jadi penawar
Aku jadi cawan, kamu jadi piring
Aku jadi hitam, kamu jadi putih
Aku jadi jahat, kamu jadi baik
Aku jadi kembang, kamu jadi kecut
Aku jadi kamu, kamu jadi aku
Boleh ke begitu?
Kerana aku tetap jadi X, kamu tetap jadi Y

Hari ini dan Esok
Hari ini aku gembira, aku berdoa semoga esok lebih ceria
Hari ini aku mampu bangkit, aku harap esok mampu mendaki bukit
Hari ini aku ada masa ber'facebook', aku berdoa semoga esok lebih sibuk
Hari ini aku xpuasa, esok pun belum tentu aku boleh puasa...

Nukilan: Norezzaina Mahari- 1 Mac 2011- 01:38pagi
p/s: Terima Kasih kepada sumber ilhamku...KAMU yang bertakhta di hati