BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday 27 October 2010

Anual Grand Meeting

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..setelah setahun memegang jawatan biro khas bersama barisan kepimpinan, tibalah masa diri ini mengundur diri dan menyerahkan tampuk kepimpinan kepada barisan pelapis yang bersedia memikul tanggungjawab meneruskan perjuangan kelab yang amat disayangi...KELAB NASYID UUM. Malam penganugerahan khidmat cemerlang dan perlantikan majlis tertinggi yang baru berjalan lancar sehingga terciptanya kenangan yang terindah bersama ahli keluarga kelab nasyid:

Penasihat kelab yang dihormati (En. Naz a.k.a ayahanda),
Ruzaini (mantan presiden),
Nurul Solelah (mantan timb. presiden),
Nur Fitri (mantan setiausaha),
Muhammad Qutb (mantan bendahari), 
Azila & Nizam (mantan biro latihan & aktiviti)
Iman & Amirul (mantan biro teknikal & persembahan)
Nabila & Rusydan (mantan biro informasi & penerbitan)
Ainin & Suhaimi (mantan biro kebajikan)
Jue & Faizah (mantan biro HELWANIS)
Diri ini & Ajimaginasi (mantan biro khas)

Tahniah diucapkan kepada barisan pimpinan baru yang diketuai oleh saudara Khairil Nizam selaku presiden baru & Nurul Iman selaku timbalan presiden. Semoga kepimpinan mereka akan membawa satu perubahan yang lebih baik & gemilang di masa hadapan demi perjuangan dakwah dalam hiburan nasyid. 
  

Sempat mempersembahkan sebuah puisi "Cinta Ini Untuk Dinikahi"
Nukilan saudara Ajimaginasi (yg meniup alunan seruling yg indah)

Terima Kasih kepada pengedit gambar yang menjadikan diri ini kelihatan cerah dari biasa
AGM KELAB NASYID UUM
24 OKTOBER 2010
Dewan Budi Siswa, PKP
UUM

qirana_ain: Kepala terasa berat...tp tanggungjawab masih banyak...hampir tersungkur... bagaimana harus diri jd org yang berkualiti tp tidak istiqamah? Ya Allah...padaMu kuserah segalanya. Cukupkan bagiku agamaku..tiada sesal bagiku kerana itu yg terbaik utk dunia & akhiratku.

0 comments: