Bismillahirrahmanirahim...
Jika hari ini seorang PERDANA MENTERI berkuasa
Jika hari ini seorang RAJA menaiki takhta
Jika hari ini seorang PRESIDEN sebuah negara
Jika hari ini seorang ULAMA' yang mulia
Jika hari ini seorang PEGUAM menang bicara
Jika hari ini seorang PENULIS terkemuka
Jika hari ini sesiapa sahaja menjadi DEWASA
Sejarahnya dimulakan oleh seorang GURU BIASA
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.
(Petikan drpd sajak nukilan Usman Awang 1979)
Rasanya belum terlambat diri ini mengucapkan Selamat Hari Guru kpd guru2 yg telah berjasa mengajar serta mendidik diri ini sejak dari TADIKA hingga kini di menara gading. Diri ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kpd semua guru yang pernah mengajar diri ini di:
TADIKA Kg. Hilir Kaba (1991-1992)
SK Haji Bollah Kaba (1993-1994)
SK Abang Abdul Rahman Saratok (1994-1998)
SMK Bahasa Malaysia Saratok (1999-2003)
GIATMARA-Guru Jahitan Pakaian Wanita (2004)
Kolej Matrikulasi Labuan (2004-2005)
UiTM-Kampus Kota Samarahan Sarawak (2005-2006)
IPGM-Kampus Pulau Pinang (2006 until now..)
Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah (2009 until now..)
Diri ini juga ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kpd semua rakan2 seperjuangan yg bakal bergelar guru di semua IPGM seluruh Malaysia terutamanya IPGM-Kampus Pulau Pinang yg tercinta, Persatuan Pengurusan PENDIDIK UUM dan yg sewaktu dgnnya.
Buat yg 'teristimewa'...kini sedang menjalani dan menyesuaikan diri sebagai seorang guru. Selamat Bertabah kpd BELIAU...dirimu seorang guru biasa yg bisa mengubah anak bangsamu menjadi generasi terbilang pd masa akan datang. Didiklah anak muridmu dengan penuh KEIKHLASAN kerana keberkatannya terletak di situ. Semoga Allah merahmati ilmu yg dirimu curahkan...amin..
Guru dianugerahkan 'nur' di wajahnya
Kelembutan di hatinya
Ketegasan didikannya
Penawar yg terluka
Pengubat kepedihan
Penderma kasih sayang
Pendengar yg setia
Pemberi yg tidak mengharapkan balasan
Juga pendoa kejayaan yg tidak putus2..
0 comments:
Post a Comment