BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, 14 September 2013

Harta Ummi, Permata Hati Ummi & Pembela Ummi


   

Anakku.....
Bila ummi memilih
Apakah ummi berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu..
MAKA UMMI AKAN MEMILIH MENGANDUNGMU..
Kerana dalam mengandungmu ummi merasakan keajaiban dan kebesaran Tuhan...
Sembilan bulan sayang...Sembilan bulan sayang hidup dalam Rahim ummi...
Sayang ikut kemanapun ummi pergi...
Sayang ikut merasakan ketika jantung ummi berdegup kerana kebahagiaan...
Sayang menendang Rahim ummi ketika sayang merasa tidak nyaman, kerana ummi kecewa dan mengurai air mata...

Anakku..
Bila ummi harus memilih apakah ummi harus caesar, induce atau ummi harus berjuang melahirkanmu
MAKA UMMI MEMILIH MELAHIRKANMU SAYANG...
Kerana menunggu dari jam ke jam...
minit ke minit... sampai ke saat kelahiranmu...
Adalah seperti menunggu antara memasuki salah satu pintu syurga
Kerana kedasyatan perjuanganmu untuk mencari jalan ke luar ke dunia sangat ummi rasakan...

Dan saat itulah kebesaran Tuhan menyelimuti kita berdua...
Diantara peluh dan erangan rasa sakit...
Yang tak pernah bisa ummi ceritakan kepada siapa pun...
walau kepada abahmu sayang...

Dan ketika sayang hadir...
Tangisanmu memecah kesunyian dinihari yang hening..
Menghilangkan kesakitan melihat tubuhmu yang merah...
Mendengar Abahmu mengumandangkan Azan....
Mendengar Abahmu membacakan Doa...
Mendengar Abahmu membacakan Firman Tuhan
Membisikkan ayat ayat suci di telinga mungilmu.....

Anakku..
Bila ummi boleh memilih apakah ummi berdada indah
Atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu....
MAKA UMMI MEMILIH MENYUSUIMU SAYANG...
Kerana dengan menyusuimu ummi telah membekalkan hidupmu dengan titisan-titisan dan tegukan-tegukan yg sangat berharga...
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu di dada ummi
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan...

Anakku....
Bila ummi boleh memilih duduk berehat di waktu terluang atau duduk di lantai menemanimu bermain puzzle
MAKA UMMI MEMILIH BERMAIN PUZZLE DENGANMU SAYANG...

Tetapi Anakku....
Hidup memang pilihan..
Jika dengan pilihan ummi, sayang merasa sepi dan merana...
MAKA MAAFKANLAH UMMI SAYANG
Maafkan ummi...maafkan ummi...
Percayalah sayang...ummi sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita...
Agar tidak ada satu kepingan bahagian puzzle  kehidupan kita yang hilang.

Percayalah sayang...
Sepi dan derita mu adalah sebahagian duka ummi...
Percayalah sayang...
Sayang adalah selalu menjadi belahan nyawa ummi...
 
:::::Ummi Sayang Adam:::::

~Mengertilah Wahai Para Suami~

 Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
 

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah! 
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
 

Wahai para suami, jika seorang isteri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. 
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu di saat kau terpuruk terlalu dalam.

Wahai para suami, jika seorang isteri menangis kerananamu, tolong jangan mensia-siakannya. 

Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosak kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu.

Lihatlah jauh kedalam matanya.

Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
 


Pada hari penciptaan PEREMPUAN, MALAIKAT bertanya kepada TUHAN :

” Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? “

Lalu TUHAN menjawab :

” Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini”..

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU

Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya…

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.




 Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana SATU hal.

Malaikat pun bertanya : “…Apa itu Ya TUHAN ??

Tuhan menjawab : Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…