Bismillahirrahmanirrahim...
Hari ini berlaku satu peristiwa yang amat mengelirukan otakku yang agak lembap matematik jika dibandingkan dengan bakal ehem2... peristiwa ini berlaku sekitar pukul 3 petang bertempat di tempat yang tidak asing lagi bagi pelajar Dewan Penginapan Muamalat dan Yayasan A-Bukhary mencari santapan berbilang jenis lauk-pauk yang hebat! Sejurus selepas selesai makan tengahari...aku teringat nak basuh baju dengan menggunakan perkhidmatan mesin basuh yang comel yang memerlukan duit syiling sebanyak RM2. Duit syilingku tidak mencukupi...maka, sahabatku mencadangkan supaya aku menukarkan sekeping wang kertas bernilai RM1 kepada duit syiling RM1 di kaunter bayaran makanan yang dijaga oleh seorang PAK LEBAI yang pada pandanganku seorang yang berhati mulia dan bersih wajahnya.
Maka, begini peristiwanya;
Aku : Pak Cik...saya nak tukar duit syiling boleh tak Pak Cik?
Pak Lebai : Kalau nak tukar duit syiling tak boleh... tak boleh...
Aku : Kenapa Pak Cik?
Pak Lebai : Duit syiling susah nak dapat...
Aku : La...boleh la Pak Cik... Seringgit je..
Pak Lebai : Boleh...tapi Pak Cik bagi 90 sen...
Aku : Boleh la ni ye Pak Cik?
Pak Lebai : Kalau nak tukar sekeping duit kertas RM1 memang kami bagi syiling 90 sen. Kalau orang lain nak mintak tukar sekeping duit kertas RM100 pun..kami bagi RM90 je duit syiling.
Aku : Oh..yeke?
(sementara itu aku menyerahkan wang kertas RM1 dan Pak Lebai menghulurkan satu syiling 50 sen dan 2 syiling 20 sen)
Aku menunggu setetika... Hurm...sungguh! Pak Lebai hanya bagi 90 sen sahaja.
Sepanjang perjalanan balik...aku terfikir...Jika pertukaran mata wang asing sememangnya nilai akan berbeza. Jika pertukaran mata wang yang sama pun nilainya berbeza jugak ke? Aku konfius...serius konfius. Aku mengaku memang aku lembap matematik dan buta tentang dunia perniagaan. Kalau wang kertas RM1 ditukar menjadi syiling hanya dapat 90 sen...mungkin xkisah sangat. Tapi jika wang kertas RM100...tak kan dapat RM90 je...banyak betul untung Pak Lebai ni...
Lalu aku pun bertanya pada ehem2 yang cerdik matematik. Beliau menasihatiku agar berfikiran positif. Mungkin Pak Lebai mengamalkan konsep pertukaran wang ber'charge'. Daripada RM1...Pak Lebai dapat 10sen... daripada RM10... Pak Lebai dapat RM1...Daripada RM100...Pak Lebai dapat RM10... Wah3...untungnya Pak Lebai ni di dunia.
Tapi aku mula terfikir lagi...kalau aku ada duit syiling RM1 nak tukar kepada wang kertas...maknanya aku akan dapat RM1.10 daripada Pak Lebai. Kalau ade syiling RM50...aku akan dapat RM55.. Pak Lebai nak bagi ke??? Ke masih konsep yang sama?
Tak apalah...anda fikirlah sendiri...
Pada pandanganku...Pak Lebai mungkin sayang kehilangan duit syiling kerana susah nak cari duit syiling untuk baki baki harga makanan pelajar. Jadi...pada pendapatku...adalah molek sekiranya Pak Lebai mengGENAPkan semua harga makanan dan air. Jadi...masalah kehilangan duit syiling tidak ketara berlaku.
Contohnya...Pak Lebai menetapkan harga makanan yang terdiri daripada:
NASI+IKAN+SAYUR=RM3.30
maka, Pak Lebai akan kehilangan duit syiling 70 sen kerana nak untung 30 sen.
AIR SIRAP LIMAU=RM1.10
maka, Pak Lebai kehilangan duit syiling 90 sen kerana nak untung 10 sen.
Hurm...
P/s: Aku tidak sedih kerana sekupang yang aku tak dapat tu...tapi aku sedih kerana aku masih tak cukup sekupang nak basuh baju...huhuhuhu~