Bismillahirrahmanirrahim...
Hari ini dah masuk hari ke-3 puasa. Diri ini diserang rasa rindu yang membara...kerinduan yang tak tertanggung rasanya. Mata ini rindu ingin menatap wajahnya... Mulut ini rindu ingin menyebut namanya dan telinga ini rindu ingin mendengar suaranya membalas segera panggilan diri ini... Tubuh ini rindu belaian tanganmu yang panas...panas dengan kasih sayang yang cair dan sentiasa mengalir dalam jiwa diri ini. Hidung ini rindu ingin mencium wangian yang mendamaikan keresahan bila diri ini berada di sampingmu.. Perut ini rindu ingin mencerna hasil air tanganmu yang kreatif... Tapi apakan daya...dirimu jauh di sana namun setiap desah nafasmu dan doamu sentiasa bersama diri ini. Kini...dalam sedar tak sedar sudah 5 tahun diri ini menyambut Ramadhan berseorangan di perantauan dan juga masuk Tahun ke-4 diri ini menyambut lebaran di semenanjung. Rindu ini semakin membara bila terlihat sahabat-sahabat yang lain berkesempatan menyambut 1 Ramadhan dengan berbuka puasa bersama-sama keluarga tersayang di samping mengeratkan hubungan silaturrahim. Tapi kita...Hmm..Diri ini pasrah dalam kerinduan...diri ini pasti ada hikmahnya.
Hari ini adalah hari yang terindah dalam hidupku kerana diri ini masih diberi peluang untuk memilikimu...diri ini memanjatkan syukur pada Yang Maha Esa. Hari ini sudah genap 45 tahun dirimu dianugerahkan oleh Allah untuk meneruskan pejalanan hidup sebagai seorang wanita, isteri dan ibu kepada 6 orang anak-anakmu. Ibu..diri ini rindu padamu..rindu ingin mengucup tanganmu dan pipimu yang mulus itu sambil membisikkan di telingamu bahawa diri ini bersyukur memiliki ibu sepertimu...kerana dirimu satu-satunya ibu yang melahirkan diri ini..tiada tolok banding dan pastinya tiada yang lebih baik untuk jadi pengganti. Ibu... Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 45 tahun. Diri ini berdoa agar dirimu sentiasa dilindungi di bawah payung rahmat dan kasih sayang Allah S.w.t...
::::Ibu dan Ayah serasi bersama::::
qirana_ain says..."Hargailah kedua ibu bapamu selagi hayat mereka di kandung badan. Doakan kesejahteraan mereka kerana dirimu adalah harta dunia yang berharga yang menjalinkan kehidupan dunia dan akhirat mereka."