BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, 14 September 2013

Harta Ummi, Permata Hati Ummi & Pembela Ummi


   

Anakku.....
Bila ummi memilih
Apakah ummi berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu..
MAKA UMMI AKAN MEMILIH MENGANDUNGMU..
Kerana dalam mengandungmu ummi merasakan keajaiban dan kebesaran Tuhan...
Sembilan bulan sayang...Sembilan bulan sayang hidup dalam Rahim ummi...
Sayang ikut kemanapun ummi pergi...
Sayang ikut merasakan ketika jantung ummi berdegup kerana kebahagiaan...
Sayang menendang Rahim ummi ketika sayang merasa tidak nyaman, kerana ummi kecewa dan mengurai air mata...

Anakku..
Bila ummi harus memilih apakah ummi harus caesar, induce atau ummi harus berjuang melahirkanmu
MAKA UMMI MEMILIH MELAHIRKANMU SAYANG...
Kerana menunggu dari jam ke jam...
minit ke minit... sampai ke saat kelahiranmu...
Adalah seperti menunggu antara memasuki salah satu pintu syurga
Kerana kedasyatan perjuanganmu untuk mencari jalan ke luar ke dunia sangat ummi rasakan...

Dan saat itulah kebesaran Tuhan menyelimuti kita berdua...
Diantara peluh dan erangan rasa sakit...
Yang tak pernah bisa ummi ceritakan kepada siapa pun...
walau kepada abahmu sayang...

Dan ketika sayang hadir...
Tangisanmu memecah kesunyian dinihari yang hening..
Menghilangkan kesakitan melihat tubuhmu yang merah...
Mendengar Abahmu mengumandangkan Azan....
Mendengar Abahmu membacakan Doa...
Mendengar Abahmu membacakan Firman Tuhan
Membisikkan ayat ayat suci di telinga mungilmu.....

Anakku..
Bila ummi boleh memilih apakah ummi berdada indah
Atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu....
MAKA UMMI MEMILIH MENYUSUIMU SAYANG...
Kerana dengan menyusuimu ummi telah membekalkan hidupmu dengan titisan-titisan dan tegukan-tegukan yg sangat berharga...
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu di dada ummi
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan...

Anakku....
Bila ummi boleh memilih duduk berehat di waktu terluang atau duduk di lantai menemanimu bermain puzzle
MAKA UMMI MEMILIH BERMAIN PUZZLE DENGANMU SAYANG...

Tetapi Anakku....
Hidup memang pilihan..
Jika dengan pilihan ummi, sayang merasa sepi dan merana...
MAKA MAAFKANLAH UMMI SAYANG
Maafkan ummi...maafkan ummi...
Percayalah sayang...ummi sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita...
Agar tidak ada satu kepingan bahagian puzzle  kehidupan kita yang hilang.

Percayalah sayang...
Sepi dan derita mu adalah sebahagian duka ummi...
Percayalah sayang...
Sayang adalah selalu menjadi belahan nyawa ummi...
 
:::::Ummi Sayang Adam:::::

~Mengertilah Wahai Para Suami~

 Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
 

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah! 
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
 

Wahai para suami, jika seorang isteri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. 
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu di saat kau terpuruk terlalu dalam.

Wahai para suami, jika seorang isteri menangis kerananamu, tolong jangan mensia-siakannya. 

Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosak kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu.

Lihatlah jauh kedalam matanya.

Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
 


Pada hari penciptaan PEREMPUAN, MALAIKAT bertanya kepada TUHAN :

” Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? “

Lalu TUHAN menjawab :

” Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini”..

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU

Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya…

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.




 Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana SATU hal.

Malaikat pun bertanya : “…Apa itu Ya TUHAN ??

Tuhan menjawab : Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…


Friday, 20 July 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...

Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah...blog ini sudah diabaikan sekian lama. Kesibukan menjadi guru pelatih di IPG-Kampus Pulau Pinang dan menjalani pratikum selama 10 minggu cukup memenuhi sekian masa yang berlalu. Kini, menjadi suri rumah sepenuh masa menjadikan Ain seorang isteri sepenuh masa menjaga keperluan & kehendak suami tercinta. Ramadhan kian menjelang...girangnya hati bila pengumuman bermulanya 1 Ramadhan jatuh pada hari sabtu, 21 Julai 2012. Hati bertambah girang kerana tahun ini merupakan tahun pertama Ain menyambut Ramadhan sebagai seorang isteri, menantu dan bakal ibu. Semoga Ramadhan kali ini menjadi lebih bermakna dan dilimpahi rahmat dan berkat daripadaNYA. Sesungguhnya kerinduan menunggu tibanya Ramadhan tidak terbendung kerana rindu akan nikmat yang tidak terhingga sepanjang bulan yang penuh barokah ini. 

Salam Ramadhan Al-Mubarak buat keluarga tercinta, suami tersayang, sahabat2 tidak kira di mana jua berada serta umat Islam di seluruh dunia. Semoga Ramadhan kali ini menjadi anugerah terindah yang pernah dimiliki dan dilalui...insyaAllah~


Saturday, 4 February 2012

Khutbah Jumaat Terakhir

Bismillahirrahmanirrahim...

KHUTBAH JUMAAT TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini..

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.ALLAH telah mengharamkan riba. Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak suka ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini. Sembahlah ALLAH, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi nabi dan rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. . Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikannya pula kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah ya ALLAH bahawasanya telah aku sampaikan risalahmu kepada hamba-hambamu…"

KHUTBAH INI DISAMPAIKAN PADA 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH DI LEMBAH URANAH, GUNUNG ARAFAH 

Wednesday, 10 August 2011

I..............U

Bismillahirrahmanirrahim...




Monday, 8 August 2011

ZoN LaRaGaN MeNgUmPaT

Bismillahirrahmanirrahim...

We all know that Syaitan are our greatest enemy. They had sworn to sway us away from the Islam and Iman. If there is any bad things we do, we often associate it with the Syaitan, whispering in our heart to push us do the sinful thing, like MENGUMPAT, STEALING, and even KILLING. Syaitan is of course blamed for every bad things happening in the world.
What makes me wonder?
Isn’t it during Ramadhan, all syaitan are chained to protect human from being tempted?
Why is it, that nothing had actually changed? 

Just look into our heart, we ourselves can do sinful things during Ramadhan, like FITNAH, MENGUMPAT, even NEGLECT THE 5 SOLATS. Look around us, we can see people proudly not fasting, innocently walking during Friday prayer, and some even go to the extreme such as raping and killing. Can we really blame Syaitan for all this?
I definitely agree that syaitan is the one who whisper to us, tempting us to do sinful things and I agree that they are human’s enemy till Judgement Day. But how can we explain the sinful things we do during Ramadhan?

Syaitan has an EASY job. They just plant a seed in our heart. That seed can be as little as some white lie (bohong sunat kononnye). Then, the seed grows faster than what we expected. It might spread the new seed to another heart (hati orang lain yang terdekat). We keep doing it, and thus the seed grows.Until one time, we no longer care what is dosa and what is pahala. To make things worst, not only we are like that, we try to persuade our friends to act the same (KELAB MENGUMPAT BERAMAI-RAMAI). What is the difference then between us and syaitan? Basically we can see ourselves. Syaitan’s work is very easy. Let’s give those syaitan a challenge shall we?

Jauhilah kelab mengumpat beramai-ramai tidak kira bulan puasa atau bulan-bulan yang lainnya. Usahlah menjamu daging saudaramu sendiri sebelum tiba waktu berbuka. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa akan dijanjikan nikmat wangi di akhirat kelak jika berakhlak mulia, sebaliknya bau mulut orang berpuasa tetapi dipenuhi dengan aktiviti mengumpat belum tentu dijanjikan wangi di akhirat kelak. Wallahua'lam.

Friday, 29 July 2011

KuatLah WaHai HaTi

Ya Allah Ya Tuhanku... Kumohon segala kebaikan.. kebaikan-kebaikan yang pernah aku tahu dan yang tidak pernah aku tahu, kebaikan-kebaikan yang yang telah lalu dan kebaikan-kebaikan yang akan datang, kebaikan-kebaikan yang pernah diminta oleh Rasulullah saw, kebaikan-kebaikan yang membawa aku ke syurga samaada niat, perbuatan mahupun i'tikadku.


Sebaliknya Ya Allah... Kumohon perlindungan dari segala keburukan.. kebrukan-keburakan yang pernah aku tahu dan keburukan-keburukan yang tidak pernah aku tahu, keburukan-keburukan yang telah lalu dan keburukan-keburukan yang akan datang, keburukan-keburukan yang pernah diminta perlindungan oleh Rasulullah saw, keburukan-keburukan yang membawa aku ke neraka samaada niat, perbuatan mahupun i'tikadku.


Sesungguhnya Ya Allah...Apa yang telah ditakdirkan ke atasku, jadikanlah kesudahannya sebagai SATU KEBENARAN... Amin.

Aku yang Lemah...Aku Hanya Ain.

MeNcaRi PeLanGi MeNaGiH KaSiH iLaHi

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 
BUAT SEMUA UMAT ISLAM
DI SELURUH PELUSUK DUNIA

Wednesday, 18 May 2011

KeSeDeRHaNaaN

Bismillahirrahmanirrahim...

Satu perkataan bermakna dari insan yang bakal menjadi teman hidup... 

"KESEDERHANAAN"

Kesederhanaan dalam hidup
Kesederhanaan dalam memberi
Kesederhanaan dalam meminta
Kesederhanaan dalam menyayangi
Kesederhanaan dalam menyintai
Kesederhanaan dalam membenci
Kesederhanaan dalam kegembiraan
Kesederhanaan dalam kesedihan
Kesederhanaan dalam kemanisan
Kesederhanaan dalam kepahitan
Kesederhanaan dalam kecantikan
Kesederhanaan dalam kehodohan

*Terima Kasih...Semoga pepohon yang merimbun semakin bertunas dan membuahkan hasil yang diredhai selagi asasnya berakar kasih sayang pada Allah...
Amin Ya Rabbal A'lamin...
-Ain Cinta Allah-

Friday, 13 May 2011

My FaVoURiTe SoNg

Bismillahirrahmanirrahim...

-Yue Liang Dai Biao Wo De Xin-
(Teressa Teng) 

ni wen wo ai ni you duo shen
wo ai ni you ji fen
wo de qing ye zhen
wo de ai ye zhen
yue liang dai biao wo de xin

ni wen wo ai ni you duo shen
wo ai ni you ji fen
wo de qing bu duo
wo de ai bu bian
yue liang dai biao wo de xin
qing qing de yi ge wen
yi jing da dong wo de xin
shen shen de yi duan qing
jiao wo si nian dao ru jin

ni wen wo ai ni you duo shen
wo ai ni you ji fen
ni qu xiang yi xiang
ni qu kan yi kan
yue liang dai biao wo de xin