BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 20 July 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...

Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah...blog ini sudah diabaikan sekian lama. Kesibukan menjadi guru pelatih di IPG-Kampus Pulau Pinang dan menjalani pratikum selama 10 minggu cukup memenuhi sekian masa yang berlalu. Kini, menjadi suri rumah sepenuh masa menjadikan Ain seorang isteri sepenuh masa menjaga keperluan & kehendak suami tercinta. Ramadhan kian menjelang...girangnya hati bila pengumuman bermulanya 1 Ramadhan jatuh pada hari sabtu, 21 Julai 2012. Hati bertambah girang kerana tahun ini merupakan tahun pertama Ain menyambut Ramadhan sebagai seorang isteri, menantu dan bakal ibu. Semoga Ramadhan kali ini menjadi lebih bermakna dan dilimpahi rahmat dan berkat daripadaNYA. Sesungguhnya kerinduan menunggu tibanya Ramadhan tidak terbendung kerana rindu akan nikmat yang tidak terhingga sepanjang bulan yang penuh barokah ini. 

Salam Ramadhan Al-Mubarak buat keluarga tercinta, suami tersayang, sahabat2 tidak kira di mana jua berada serta umat Islam di seluruh dunia. Semoga Ramadhan kali ini menjadi anugerah terindah yang pernah dimiliki dan dilalui...insyaAllah~