BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 10 December 2010

AkU SeoRanG A'iN

Bismillahirrahmanirrahim...

Where a part of you go
To reach the destination
The rest of you will go through the time
You call yourself a TEACHER
Therefore learn A'IN learn
Coz you are the only A'IN 

Wednesday 8 December 2010

Jagalah Hati Ini

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam Maal Hijrah 1432H
Ya Allah..
Jagalah HATI ini
Peliharalah HATI ini
HATI ini tidak kuat
HATI ini xmampu
HATI ini xingin terluka lagi
HATI ini ingin SENYUM selalu
Ya Allah..
Jagalah HATI ini

Thursday 25 November 2010

RiNDu KaMu..KaMu..KaMu...KaMu...KaMu dan KaMu!

Bismillahirrahmanirrahim...


Kamu, kamu, kamu, kamu dan kamu...datang la sini...


Kamu...


Saya dan Kamu orang kampung ok!






Wednesday 24 November 2010

Gotta Be Somebody

This time...
I wonder what it feels like
To find the one in this life
The one we all dream of
But dreams just aren't enough
So I'll be waiting for the real thing
I'll know it by the feeling
The moment when we're meeting
Will play out like a scene straight off the silver screen
So I'll be holdin my breath
Right up to the end
Until that moment when
I find the one that I spend forever with

Cause nobody wants to be the last one there
Cause everyone wants to feel like someone cares
Someone to love with my life in their hands
There's gotta be somebody for me like that
Cause nobody wants to go it on their own
And everyone wants to know they're not alone
Somebody else that feels the same somewhere
There's gotta be somebody for me out there

Tonight...
Out on the street out in the moonlight
And damn it this feels too right
It's just like Déjà Vu
Me standin here with you
So I'll be holdin' my breath
Could this be the end
Is it that moment when
I find the one that I spend forever with

Cause nobody wants to be the last one there
Cause everyone wants to feel like someone cares
Someone to love with my life in their hands
There's gotta be somebody for me like that
Cause nobody wants to go it on their own
And everyone wants to know they're not alone
Is there somebody else that feels the same somewhere?
There's gotta be somebody for me out there

You can't give up!
Lookin' for that diamond in the rough
Because you never know when it shows up
Make sure you're holdin on
Cause it could be the one
The one you're waiting on

There has gotta be somebody for you...

Tuesday 23 November 2010

First Paper

Bismillahirrahmanirrahim...

23rd NOVEMBER 2010

SGDU 2033

CLASSROOM MANAGEMENT

09:00-11:30 AM

DEWAN MUADZAM SHAH, UUM

STATUS: DONE

Alhamdulillah...

Sunday 21 November 2010

ThanK U

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
All praises to ALLAH

Thank U for being SOMEONE
Thank U for being a CHARGER
Thank U for being a FRIEND
Thank U for being ******

Ohhh...'they' have been through a path for about A YEAR!

Kul In Kuntum Tuhibbunallaha Fattabiu'ni Yuhbibkumullahu Wayaghfirlakum Dzunubakum, Wallahughafururrahim...Amin...

*ThanK U for a very2 meaningful present...Happy 1st ***********

Tuesday 16 November 2010

Dialah.... Pemuda ITU

Bismillahirrahmanirrahim...

Pemuda itu... ya... pemuda itu benar2 merompak hati ini...
Pemuda itu...siapakah pemuda itu?
Pemuda itu...diriwayatkan bermata biru, rambutnya merah (bukan diwarnakan ok), lehernya jinjang, penampilannya cukup tampan, kulitnya kemerah-merahan, dagunya menempel di dada  (ada janggut comel agaknya) yang selalu melihat pada tempat sujudnya, tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya, membaca Al-Quran dan menangis. Pakaiannya hanya DUA helai dan kusut pulak tu...(x mampu nak shopping beli baju mahal-mahal). Xpernah siapa pedulikan pemuda itu. X terkenal di bumi...tp sangat terkenal di langit.

Hati ini jatuh cinta...walaupun xpernah bersua dengan pemuda itu.
Xpernah bersua?
Ya..kerana pemuda itu adalah di kalangan tabi'in (hidup sezaman dengan Rasulullah s.a.w tetapi xsempat betemu Baginda s.a.w atau hidup selepas kewafatan rasulullah s.a.w, dan bertemu dgn para sahabat). 
Maka..kami mmg xpernah bersua dan xmungkin akan bersua.
Sejak dilahirkan, pemuda itu berpenyakit sopak dan ayahnya sudah lama meninggal dunia. Ibunya menjaganya sejak kecil hingga dewasa. Pemuda ini pernah disebut namanya di dala wasiat Baginda Rasulullah s.a.w yang disampaikan kepada saidina Umar Al-Khattab dan saidina Ali karamAllahu wajhah. Baginda berpesan:

“Dizaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa dia sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman dan dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia mintak tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”
Lalu saidina Umar dan saidina Ali bertanya: “Apakah yang patut saya minta daripada 'pemuda itu', Ya Rasulullah? Nabi menjawab “Kamu minta kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah (SWT) agar Allah (SWT) ampunkan dosa-dosa kalian”.

Setelah Baginda SAW wafat, Saidina Umar dan Ali menunggu-nunggu kafilah yang datang dari arah Yaman. Sehingga akhirnya mereka bertemu dengan pemuda itu. Jika dilihat dari pandangan orang biasa, pemuda itu tiada ciri-ciri istimewa kerana dari pandangan luaran beliau seperti orang yang tidak sempurna akal, tetapi beliau ada sesuatu.. mari ikuti kisahnya bersama ibunya..

Pemuda itu mempunyai seorang ibu yang sudah uzur dan lumpuh. Ibunya mempunyai hajat untuk menunaikan haji di Mekah. Namun dengan kudrat yang sebegitu, ibunya tidak mampu untuk ke Mekah berjalan seorang diri. Lalu dia mengutarakan hasratnya kepada pemuda itu supaya mengikhtiarkan sesuatu agar dia boleh dibawa ke Mekah menunaikan haji.
Sebagai seorang yang miskin, pemuda itu tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang diatasnya “Haudat”. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Pemuda itu tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.
Ibunya semakin tua, lalu ibunya berkata:
“Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji”.
Pemuda itu mendapat satu ilham:
Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat rumah untuk lembu itu di atas bukit).
Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan.
Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan mengatakan dia gila. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit.
Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi sekali petang sekali daripada lembu yang beratnya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot (muscle) tangan dan badan pemuda itu menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit.
Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

Pulang sahaja ke Yaman,
ibunya bertanya: “ Anakku, apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?”.
  Pemuda itu menjawab “Saya berdoa minta supaya Allah (SWT) mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.
Ibunya bertanya lagi “Bagaimana pula dengan dosa kamu”.
  Pemuda itu menjawab “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga”.
Ibunya berkata lagi “Ibu nak supaya kamu berdoa agar Allah (SWT) hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini”.
  Pemuda itu berkata “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah (SWT) yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah (SWT), seperti saya tidak bersyukur dengan Allah (SWT) Ta’ala”.
Ibunya menambah “Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan kamu berdoa”.
Akhirnya pemuda itu tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Pemuda itu berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah (SWT) sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa:
“Tolonglah Ya Allah (SWT) kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit”.
Maka, Allah (SWT) memakbulkan doanya dan menghilangkan penyakit sopak di seluruh badannya kecuali meninggalkan setompok di bahagian lehernya. Dan tanda itulah yang disebutkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Ali untuk mengenali pemuda itu.
Setelah ibunya meninggal, pemuda menjadi seorang yang soleh dan darjatnya ditinggikan sehingga dia menjadi seorang yang doanya paling makbul.
Apabila bertemu dengan pemuda itu, mereka berdua pun meminta pemuda itu mendoakan supaya dosa mereka berdua diampunkan, maka pemuda itu pun mendoakan mereka berdua.

Siapakah PEMUDA ITU????
DIALAH...UWAIS AL-QARNI

sekian saja buat kali ini
inilah kisah Uwais Al-Qarni
sempena menyambut Hari Raya AidilAdha
Salam Pengorbanan
Pengorbanan mencari redha Allah
Ada hikmah yang sangat indah tersedia disajikan...
Buat yang 'teristimewa'...
Usah bersedih...
Kerana Allah sentiasa bersamamu
Hilangkanlah kegelisahan hatimu
Pujuklah dengan hikmah pengorbanan
Kerana dirimu begitu berharga...
Wassalam.


Monday 15 November 2010

Ayat 1000 Dinar

Bismillahirrahmanirrahim...



'Seseorang' sering mengingatkan diri ini untuk mengamalkan membaca ayat 1000 dinar yakni sebahagian terakhir ayat kedua dan bersambung dengan ayat yang ketiga Surah At-Talaq yang bermaksud:

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka, Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya, sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya, Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

Bacalah ayat 1000 dinar ketika kita hendak bertawakkal kepada Allah terhadap sesuatu perkara (contohnya: setelah berusaha untuk menghadapi perepiksaan), ketika hati dilanda resah dan buntu, ketika menaiki kenderaan dan ketika perlu. InsyaAllah... Allah akan memudahkan segala urusan dengan syarat kita bertakwa dan bertawakkal setelah berusaha.


*Semoga hubungan ini berpanjangan setelah mengukir kenangan-kenangan sebagai tanda 'usaha'. Semoga Allah permudahkan jalan buat diri ini dan dirinya.


Tuesday 9 November 2010

HePi BeStDaY to 'SOMEBODY'

Bismillahirrahmanirrahim...

One Year has again passed by
Time has wings and is set to fly
Earlier i used to wait for the birthday
Wait for the hour of that ********* day
But NO celebrations as for now
Our life have shorten, yes everybody know
No worries no tensions
We are celebrating Birthday with our pensions
Being OLD is not that funny
Lying on the bed makes us big fat bunny
But still i know 
You still love the candles and cake
Would surely want some more birthday cakes to bake
No matter how old you are
You are still 'CUTE' and 'HANDSOME' as you are
Enjoy your life and have some fun
Enjoy the warmth of the sun
Ballons and bells for the occasion
To decorate the birthday BOY not yet a MAN
We need no reason..
HAPPY BIRTHDAY SOMEBODY...

Thursday 4 November 2010

Dan Lagi...Lagi..

Bismillahirrahmanirrahim...

Sesungguhnya...
Allah Maha Penyayang
Allah Maha Pengasih
Allah turunkan ujian dengan dua cara
Ujian nikmat
Ujian musibah
Tapi yang pasti..
Setiap ujian ada hikmahnya..

Semalam...
Hati ini resah kerana ujian kecil
Tapi hari ini..
Hati ini resah kerana ujian yang...
Hanya Allah Yang Tahu
Apa yang terbuku di hati ini

Hari ini...
UUM digemparkan!
Jadual peperiksaan diubah
Oleh pihak pengurusan
Ya Allah..
Semuanya ditangguh selepas Raya Haji
Mulut melafazkan syukur...
Ada lagi masa nak study..

Tapi...
Tiket balik dah dibeli!
Bukan tiket bas..
Tapi tiket flight
Diri ini bkn orang dekat
Tapi orang jauh
Jauh nun di seberang laut china selatan
(Seberang bkn bermaksud Indon ye)
Aduh...
B.U.N.T.U

Ya Allah..
Ku mohon kekuatan dariMU
Hanya padaMU tempatku mengadu
Hanya padaMU ku berlindung
Dari segala musibah yang melanda
Amin..ya Rabbal A'lamin..

Wednesday 3 November 2010

Sabar...Sabar...Sabar

Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah...
Terasa berat paru2 ini nak bernafas
Ujian melanda sebelum exam
W/pun ujian ini
Umpama setitis air di lautan
Namun
Cukup membawa impak yg besar
Dalam dunia arus kemodenan

Jika dulu..
Xde talipon xpe..
Bole guna surat, telegram dan sebagainya
Tapi lambat la nak sampai mesej tu..

Jika sekarang..
Xde talipon terutamanya talipon bimbit
Rasa macam nak ****
Umpama talipon tu adalah jantung
Tanpa jantung maka ****

Inilah tragedi yang berlaku sebulan yang lepas
Si kecil molek Sony Ericsson w580i
Telah mengalami kemalangan yang ngeri
Si kecil telah menerjunkan diri
Dari paras 3 terus terjunam dan bertaburan di groundfloor
Si kecil mengalami kecederaan parah
Hingga disahkan kehilangan penglihatan secara kekal
(skrinnya gelap gelita)

Tapi syukur alhamdulillah..
Ada insan yang sudi membantu
Nokia **** telah dipinjamkan kepada diri ini
Sementara si kecil masih koma

Namun sekali lagi..
Nikmat hanya sementara
Nokia **** terpaksa dipulangkan
Kerana tuannya lebih memerlukan

Ya Allah..
Diri ini hilang punca dan arah
Cuba melakukan operasi ke atas w580i
Dengan kepakaran 0%
w580i langsung tidak memberikan reaksi positif



Tidak beberapa lama kemudian...
w580i berdenyut kencang (vibrate mode)
Diri ini terus mengangkat
Kedengaran suara halus di hujung talian

Suara halus : Hello...Saya dari hospital Kangar
Diri ini : Hospital Kangar?
Suara halus : Ye..ni kawan cik dalam kecemasan..
Diri ini : Hah? Sape?
Suara halus : Namanye Rahman..dalam handphone ni ade nombor cik.. jadi saya terus call cik..
Diri ini : Rahman? Rahman mane plak ni?
Suara halus : Cik.. Cik bercakap dengan doktor saya ye.. doktor ******
(kurang jelas kedengaran)

*talian terputus tiba2..

Sekali lagi w580i berdenyut..
Terus mengangat
Suara yang sama
Tapi kali ni agak berbeza jantina
(mcm kenal suara ni)
Ya Allah
Suara seorang sahabat
(yang nakal tahap gaban!!!!)
Geramnye...
Tapi jauh di sudut hati
Kelakar jugak sebenarnye..
Dalam kegelisahan
Ada juga hiburan


Ni la dia (suara halus tersebut)

Hati bertambah resah
Sebab xbole nak berhubung dengan keluarga tercinta
Xdapat nak contact ehem2..
Cane ni???

Buntu...full stop.

Nak sambung STUDY.
Wassalam.



Hujan itu Rahmat

Bismillahirrahmanirrahim...

Kadang2...terdengar bebelan orang di sekeliling kita.
"Hurm..cuaca buruk je akhir2 ni kan?"
Soalnya..kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?
Sebabnye...
Xkering la baju..
Xbole nak main bola..
Nak keluar shopping pun susah (tambah2 plak tengah pesta konvo ni)
Nak keluar cari makan susah..
Nak buat keje pun malas..
Apatah lagi nak study w/pun sedar dah dekat nak exam..
mane xnye..
Time hujan adalah masa paling best berhibernasi...

Ape yang paling buruk?
Banjir melanda bila hujan turun xberhenti selama 72 jam...
Ya Allah..bencana apakah ini?
Inilah yang berlaku di UUM dan kwsn2 yang berhampiran dengannya di sekitar Kedah
Sehingga majlis konvokesyen ke-21 terpaksa ditangguh ke semester depan
Kesian ibu bapa dan keluarga para graduan2...
Kesian para peniaga yang mencari rezeki
Kesian..kesian..kesian..
Maka..Membebel...Membebel...Membebel..

Tapi..
Bukankah bebelan2 itu bukankah lebih baik diganti dgn DOA
"Allahumma syaiyiban nafi'a"
(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).
Sesungguhnya..
Hujan itu adalah RAHMAT

"Dan Dia lah (Allah) yang mengirimkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami arahkan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang tandus), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai jenis buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan (menghidupkan kembali) orang-orang yang telah mati, agar kamu (selalu mengambil pelajaran). "(Al-A'raf: 57)

Sesungguhnya hujan itu terlalu banyak manfaatnya..
Membersihkan udara yang kotor
Menyuburkan tanaman
Membekalkan air Sesungguhnya da bayak lagi manfaatnya..

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?
"Hurm..hujan tidak..mendung tidak..kenapa tiba2 bermuram durja?"
Ayat tersebut seolah2 menjadikan hujan sinonim sungguh dgn suasana muram
Kesian hujan...

Sedarkah kita?
Bila hujan turun..maknanya Allah limpahkan rahmat utk sekalian manusia
Nabi pun pernah pesan..
Berdoalah ketika hujan turun
Kerana doa ketika hujan dikategorikan dalam doa mustajab (makbul)
Jadi..sekiranya hari-hari hujan..
Dan setiap hari kita berdoa..
Ya Allah..alangkah indahnya jika doa kita Allah makbulkan..
Nak2 pulak dah nak dekat exam ni..
Apa lagi..ambillah peluang ini berdoa kepada Allah..
Mohon dipermudahkan segala urusan..
Dan dipermudahkan semasa menjawab semasa exam...
Jadi..jangan lepaskan peluang yang Allah berikan ini..

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit,
dengan menurunkan hujan yang tercurah" (al-Qamar: 11)

Maka berdoalah wahai shbt2 sekalian..

Lihatlah firman Allah ini..
"Dan Kami turunkan air dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa melenyapkannya.
 "(Al-Mukminun: ayat 18)
Subhanallah..
Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ada SUKATAN.
Ada sukatan dan ada sebabnya..
Kemudian air itu akan disimpan di bumi..
Selama mana?
Wallahualam..Semua itu rahsia Allah..

"Dan Kami mengirimkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya. "(Al-Hijr: 22)

Allahu akbar..Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan.

"Dan Allah yang mengetahui rahsia langit dan bumi Dan kepada dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah Dia dan bertawakallah kepada. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu lakukan. "(Surah Hud: 123)

qirana_ain says: Dan sesungguhnya HUJAN itu juga SATU PERINGATAN!
Allah Maha Melihat dan Mendengar...awas pergerakanmu..dan kembalilah kepada Allah sekiranya tersasar dari landasan sepatutnya.

"Semoga hari ini lebih baik dari semalam
Dan semoga esok lebih baik dari hari ini
Amin..ya Rabal A'lamin.."

Sekarang masa untuk STUDY..
Maka...STUDY sungguh2 dan bertawakallah pada Allah setelah berusaha.
Sekian saja untuk kali ini..
Wassalam..

Monday 1 November 2010

Makan Daging Saudara Sendiri

Bismillahirrahmanirrahim...


Sesunggunhya...dalam kehidupan seharian, kita tidak akan lari dari aktiviti mulut. Mengumpat bukan sahaja sinonim dalam kalangan kaum wanita...dalam kalangan lelaki apa kurangnya? Maaf wahai kaum lelaki...sesungguhnya ini kebenaran...walaupun tidak banyak namun ada sedikit (ada juga namanya). Cuba kita renungkan bersama...Jika kita mampu elakkan diri dari menceburi aktiviti mengumpat, tetapi masih mendengar umpatan orang lain juga lebih kurang sama dosanya dgn dosa mengumpat. Seperti mana yang kita sedia maklum, mengumpat itu bermaksud mengata tentang sesuatu yang buruk di belakang hamba Allah sehingga mengaibkan hamba Allah tersebut, dan bila hamba Allah itu tahu pastinya menimbulkan perasaan marah atau kecil hati. Kadang-kadang kita tidak sedar kita terlibat secara tidak langsung dalam aktiviti senaman mulut yang kurang sihat ini. Tapi...kalau tak mengumpat umpama masakan tiada rasa, tawar dan tidak enak dimakan. Sedar tidak sedar, perencah mengumpat memang mahal dan terlaris di pasaran neraka kerana mengumpat adalah sebahagian daripada dosa besar. Dalam Islam, mengumpat diumpamakan seperti makan daging saudara sesama Islam sendiri. MasyaAllah...sampai begitu sekali perumpamaannya.

Sesungguhnya kita hamba yang lemah. Oleh itu, adalah penting untuk kita saling ingat mengingatkan antara satu sama lain, bukannya memburuk-burukkan orang lain.Jika keburukan diri dapat diterima dan diperbaiki, siapakah kita untuk menilai keburukan dan kelemahan orang lain?

Baiklah...marilah kita bersama-sama berusaha mengurangkan akvititi mengumpat ini melalui 7 tips yang berikut:

Situasi 1
Bila berkumpul dengan kawan-kawan...
Di sinilah permulaan babak filem umpatan...watak akan bertambah2 dengan meletakkan jiwa raga dan emosi sepenuh hati. Ketika itu, pastinya susah nak elak nak buat skrip tambahan. Maka, dinasihatkan bahawa masa ini banyak2 la ingat ALLAH. Sedarlah bahawa kita ni sama taraf dengan hamba Allah yang lain di sisi Allah. Masing2 ada kelebihan dan kelemahan. Cepat2 istighfar. Sambil itu tegurlah sahabat2 yang lain dgn cara yang berhemah. Jika tidak mampu juga...carilah lokasi yang jauh dari babak filem tersebut.

Situasi 2
Bila yang jadi moderator sesi umpat-mengumpat tu adalah shbt baik kita sendiri...
Apa kata kita alih topik ajak beliau berbicara tentang keburukan masing2? Bila kita bercerita tentang keburukan diri sendiri...sekurang-kurangnya kita sedar kita bukanlah insan yang sempurna. Tak perlu ceritakan semua...sikit2 sudah. Kalau nak disenaraikan keburukan diri sendiri...lebih dari sepuluh (nanti kita juga yang malu). Jadi, layakkah kita nak senaraikan keburukan orang lain? sedangkan keburukan kita sendiri pun tak terbilang...?

Situasi 3
Bila yang mengajak mengumpat tu senior dari kita...
Ya Allah..agak payah nak buat sesi teguran kan? Hurm..kalau tak dapat nak elak pun...apa kata sambil beliau lafazkan setiap bait kata2 umpatan tu..kita sambung dengan ayat2 doa. Doakan setiap orang yang diumpat dengan ikhlas kerana orang yang diumpat itu pun termasuk dlm golongan orang yang teraniaya. Semoga dengan cara itu, senior kita pun tersedar dengan sendirinya. InsyaAllah akan berkesan jika kita buat dengan ikhlas...bukan saja2 tunjuk bahawa kita ni orang yang baik.

Situasi 4
Bila terasa sakit hati dengan seseorang hamba Allah tu...
Pastinya kita terasa nak cari shbt nak luahkan perasaan yang membara...jom ambil wudhu' secara tertib. Masa berkumur2, bacalah doa. Mintalah lidah ini dipelihara dari perbuatan yang mengundang dosa... InsyaAllah..kita akan terhindar dari terjebak ke kancah penganiayaan jiwa orang lain. Semoga dengan itu niat buruk kita akan terbatal dengan sendirinya.

Situasi 5
Jika kita selalu lupa tentangNYA, apa lagi bila tengah cerita panas atau gosip liar...
Masa ni nak istighfar pun berat sekali bibir nak lafaz. Apa lagi nak muhasabah diri kan? Jadi...sumbatlah telinga anda dengan lagu2 yang sebaiknya...dengar alunan bacaan Al-Quran ke...nasyid ke...Ini lebih baik dari mendengar umpatan-umpatan yang liar. Sebab itulah Allah kurniakan dua telinga... kita kena dengar DUA kali dulu sebelum berbicara. 

Situasi 6
Bila nak mengata...
Cuba bayangkan kita berada di tempat orang yang dikiutuk tu... agak-agaknya boleh tak kita jadi seperti khalifah-khalifah yang terdahulu? Berkekuatankah kita mendengar betapa aibnya kita sehingga menjadi bahan perbualan? Orang yang diumpat..usah risau (ada hadiah dari Allah)...doakanlah kesejahteraan orang yang diumpat semoga dirahmati Allah SWT. Agaknya...jika kita antara golongan orang yang diumpat, tentu rasa nak bagi penumbuk atau tamparan hebat kepada orang yang berkenaan. Paling tidak pun...anda akan membalas balik dengan ayat2 yang berbaur ketidakpuasan dan mungkin juga kata2 nista terselit di situ. Baiklah...bagi kes sebegini, cuba kita sedikit perspektif pemikiran kita. Bila kita diumpat, itu bermakna ada orang yang ambil berat, ada orang yang cuba memberi peringatan dan ada yang cuba memberi pendapat agar kita menjadi lebih baik di masa hadapan.Mungkin juga kes ini akan menjadikan kita lebih dekat dengan Yang Maha Penyanyang. Ahhh..anggaplah kutukan itu tidaklah sehebat kutukan yang Nabi pernah terima dulu...

Situasi terakhir
Bila diri merasa satu perasaan gelora yang membuak...rasa nak meletup..tak tahan dah ni!!!
Carilah sumber air...mulakan dengan bacaan basmallah dan selawat. Semoga dengan nikmat air itu akan menyejukkan hati yang membara..maka dengan itu mulut akan terasa ringan untuk memuji kebesaranNya.

Banyak lagi tips yang ada...tapi semuanya bergantung pada niat. Niat untuk pelihara diri dan ukhuwah sesama saudara. Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang bersyukur dan sentiasa ingat natijah yang kita akan terima di akhirat nanti sekiranya melakukan kebajikan dan kejahatan.


qirana_ain says: Tiada unsur penyindiran...cuma sekadar memberi peringatan kepada diri sendiri dan pedoman buat pembaca yang sudi singgah di blog ini...

p/s: peperiksaan akhir dah nak dekat...hindarilah aktiviti makan daging saudara sendiri. Kalau lapar sangat, sila cari juadah yang lebih merangsang minda semasa membuat ulangkaji. Semoga ilmu yang diperoleh hasil daripada mentelaah dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT. Amin..

Sunday 31 October 2010

Final Exam!!!!

Bismillahirrahmanirrahim...
All the BEST to all my coursemates...TEYL Cohort 5!!!

Ya Allah..Ku Pohon Kekuatan

Bismillahirrahmanirrahim...


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami jika kami lupa atau tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Berikan kami kemaafan; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
(Surah Al-Baqarah: Ayat 286)

Ya Allah...diri ini benar2 perlukan kekuatan untuk meneruskan perjuangan menyiapkan assignment yang bertimbun2 ini. Limpahkan rahmat & keredhaanMu sebesar2nya sehingga bisa memayungi & meredakan kegelisahan hati ini. Sesungguhnya hanya pdMu ku pohon segala kekuatan. Amin ya Rabbal A'lamin...

Wednesday 27 October 2010

Anual Grand Meeting

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..setelah setahun memegang jawatan biro khas bersama barisan kepimpinan, tibalah masa diri ini mengundur diri dan menyerahkan tampuk kepimpinan kepada barisan pelapis yang bersedia memikul tanggungjawab meneruskan perjuangan kelab yang amat disayangi...KELAB NASYID UUM. Malam penganugerahan khidmat cemerlang dan perlantikan majlis tertinggi yang baru berjalan lancar sehingga terciptanya kenangan yang terindah bersama ahli keluarga kelab nasyid:

Penasihat kelab yang dihormati (En. Naz a.k.a ayahanda),
Ruzaini (mantan presiden),
Nurul Solelah (mantan timb. presiden),
Nur Fitri (mantan setiausaha),
Muhammad Qutb (mantan bendahari), 
Azila & Nizam (mantan biro latihan & aktiviti)
Iman & Amirul (mantan biro teknikal & persembahan)
Nabila & Rusydan (mantan biro informasi & penerbitan)
Ainin & Suhaimi (mantan biro kebajikan)
Jue & Faizah (mantan biro HELWANIS)
Diri ini & Ajimaginasi (mantan biro khas)

Tahniah diucapkan kepada barisan pimpinan baru yang diketuai oleh saudara Khairil Nizam selaku presiden baru & Nurul Iman selaku timbalan presiden. Semoga kepimpinan mereka akan membawa satu perubahan yang lebih baik & gemilang di masa hadapan demi perjuangan dakwah dalam hiburan nasyid. 
  

Sempat mempersembahkan sebuah puisi "Cinta Ini Untuk Dinikahi"
Nukilan saudara Ajimaginasi (yg meniup alunan seruling yg indah)

Terima Kasih kepada pengedit gambar yang menjadikan diri ini kelihatan cerah dari biasa
AGM KELAB NASYID UUM
24 OKTOBER 2010
Dewan Budi Siswa, PKP
UUM

qirana_ain: Kepala terasa berat...tp tanggungjawab masih banyak...hampir tersungkur... bagaimana harus diri jd org yang berkualiti tp tidak istiqamah? Ya Allah...padaMu kuserah segalanya. Cukupkan bagiku agamaku..tiada sesal bagiku kerana itu yg terbaik utk dunia & akhiratku.

Sunday 24 October 2010

It's Our Time!!!!

22nd October 2010
A moment to REMEMBER
The KILLERS are the CHAMPION of the night!
We are NOT professional
We have NO choreographer
We did it by ourselves
We did it in any way
We LOVE it
We ENJOY it so much

Special credits go to all the SUPPORTERS!!!
All Cohort 5 members
All YAB supporters

THE KILLERS
Together WE are STRONG
Together WE are UNBREAKABLE

We made it as cute as possible~

The KILLERS are ready to go!


Saturday 23 October 2010

I Am Who I Am

I am who I am
A woman just like some of u
I am unique in my own way
No one can be like me
Coz I am who I am
Me: Norezzaina Binti Mahari

I am who I am
I have my own feature
I have my own character
I have my own dream
I have my own desire
I have my own mission
I have my own style
No one can claim as their own
Coz I speak on my on way

I am who I am
I am NOT perfect as u dream
I am NOT pretty as u wish
I am NOT slim nor sexy
I am NOT excellent as u expect
but I am NOT stupid as u underestimate

That's ME
The one who called NOREZZAINA MAHARI
Just an ordinary person
Created by THE GREAT..ALLAH S.W.T.











p/s: I'm sorry coz I'm not perfect...so, don't expect to much coz I just an ordinary person.


Friday 15 October 2010

Indahnya Hidup Bersaudara

Yang Berat Sama Dipikul Yang Ringan Sama Dijinjing


 















Beliau yang Setia

Ape yang penting??? KERJASAMA!




















Beliau yang diraikan
 
Bersantai melepaskan lelah~


Pemimpin berjiwa rakyat

We Are One FAMILY
Sayang Kelab Nasyid UUM!!!

Qirana_ain has been through a great experience with her beloved club...Kelab Nasyid UUM.. The BEST CLUB ever.
Tautan Kasih Syawal 2010
Felda Bukit Tangga, Sintok Kedah
8 October 2010