BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 20 November 2009

SaYaNg MeReKa...(^_^)

Hari ni dah 20 November 2009.. Ya Allah... tinggal dua hari sahaja lagi diri ini bakal meninggalkan tanah Melayu tercinta dan kembali ke tanah air tersayang. Hurm... sesungguhnya kerinduan pada ayahanda dan bonda semakin menggunung tinggi. Diri ini bakal menaiki penerbangan AK6506 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Penang pada pukul 6:35 petang dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pukul 8:30 malam..insyaAllah.. Hati terasa girang ingin bertemu sanak saudara di kampung halaman. Segala persiapan telah diatur rapi dengan harapan tiada apa-apa yang penting tertinggal terutamanya kad pengenalan diri..hehe...kerana sudah menjadi kebiasaan diri ini tertinggal suatu yang penting ketika dalam keadaan panik. Diri ini sempat melepaskan rindu pada ayahanda dan bonda dengan mendengar lagu koir dari anak-anak kecil ini...



 Kepada yang bertakhta di hati..juga yang bakal posting ke sekolah sebagai guru yang sebenar-benar guru, diri ini ingin mengucapkan tahniah kerana telah tamat pengajian di Institut Pendidikan Guru yang tercinta. Selamat menjalani alam baru yakni alam kerjaya yang bakal menjanjikan kesejahteraan kepada dirimu dan keluargamu. Semoga sabar dan tabah mengharungi ujian-ujian yang bakal tiba...jangan mudah gentar kerana dirimu wira anak bangsa...(^_^) Dan diri ini tinggalkan sebuah lagu untukmu...

BiLa TUHAN TaK DiTaKuTi

Bila Tuhan Tak Ditakuti
Macam-macam boleh terjadi
Tiap orang tak ketahuan
Hala hidupnya sendiri
Maka rosaklah di sana sini

Ada manusia puja alam sebagai Tuhan
Mabuk dengan gelombang laut yang menggulung
Digambarkan dengan kata sastera mempersona
Mereka tenggelam dalam gelombang sasteranya
Dia leka sendiri dengan buah penanya
Bagai orang tenggelam dalam lautan menggunung
Tidak tahu tujuan
Ke mana mahu pergi

Ada yang sibuk bercakap
Dengan emosinya sekali
Mengelilingi seluruh negeri
Kadang-kadang berbohong sesuka hati
Berkata tidak mengata
Mengecam orang usah dikira
Sudah jadi makan minumnya

Ada golongan sibuk dengan kesalahan orang
Seolah-olah mereka wira agama
Konon hendak membersihkan agama dari noda
Yang sebenarnya berlaku di depan manusia
Bukan hidup realitinya
Mereka lupa diri sendiri
Sendiri buat dosa
Membeli kereta dan rumah terlibat dengan riba
Anak-anak dan juga isteri
Terdedah aurat setiap hari

Perbualan setiap hari
Tentang kenaikan gaji dan juga pangkat
Hidup sendiri masing-masing
Kecuali ada urusan rasmi
Yang ada kaitan dengan gaji
Bakhilnya amat ketara sekali
Mereka semua lupa
Itu adalah kesesatan dalam beragama

Yang berkuasa bangga dengan kuasanya
Menggertak manusia setiap hari
Akta-akta dibuat untuk selamatkan diri
Membantu orang bukan dari hatinya sendiri
Kisah jasa disebut berulang-ulang kali
Menceritakan jasa kepada manusia
Maka hilanglah pahalanya
Mengutuk diri tanpa disedari

Tak kurang juga ada di kalangan manusia
setiap hari memikirkan hendak menghiburkan manusia
Berbagai cara dan gaya dipertunjukkan
Rupanya jiwa mereka sendiri tidak terhibur
Jiwa mereka derita
Tak kurang juga yang bunuh diri

Bila Tuhan tak ditakuti
Macam-macam boleh terjadi
Tiap orang tak ketahuan
Hala hidupnya sendiri
Maka rosaklah di sana sini



Jika Aku Jatuh Hati


Wednesday 4 November 2009

MeNgHiTunG HaRi...

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah... hari ini merupakan hari yang amat ceria buat diri ini. Dua subjek yang agak menimbulkan kerisauan dan kegusaran hati ini.. Phonology & Morphology cukup menguji keimanan diri ini untuk sentiasa sabar dan tabah. Sabar dan tabah berusaha bersama sahabat-sahabat yang sudi menemani diri ini membuat persediaan yang agak mantap untuk menghadapi peperiksaan akhir semester ini. Terima kasih kepada dua sahabat baik... Chah dan Ika...sesungguhnya tidak sia-sia kita bersama-sama bersengkang mata membuat persediaan. Terima kasih juga buat ayahanda dan bonda yang selalu mengiringi diri ini dengan hujanan doa yang tidak putus-putus sepertinya mereka juga turut menghadapi peperiksaan. Terima kasih seterusnya buat insan 'ter'istimewa.. juga tidak jemu melayan kerenah diri ini ketika menghadapi persediaan untuk peperiksaan akhir. Terima kasih atas kata-kata semangat yang diumpamakan sebagai 'charger'..yang mampu meningkatkan 'self-esteem' setiap hari yang berlalu. Alhamdulillah.. hari ini, diri ini berkesempatan meng'update' blog setelah diabaikan buat seketika...

Hari ini dah masuk 4 November 2009...tinggal dua subjek je lagi.. 8 November 2009 merupakan tarikh keramat bakal berakhirnya peperiksaan akhir semester ini. Tarikh tersebut juga tarikh bermakna buat insan 'ter'istimewa. Namun..ada satu tarikh yang ditunggu-tunggu...22 November 2009.. diri ini akan berangkat balik ke tanah air tercinta nun di seberang laut china selatan. Setelah meninggalkan tanah air selama 5 bulan, perasaan rindu semakin membuak-buak. Rindu ingin bertemu dengan dua insan tercinta..sudah tentu ayahanda dan bonda.


Pn. Khadijah & En. Mahari

Kerinduan makin terasa kerana cuti sekolah bakal tiba. Adik-adik semua berada di rumah kecuali dua hero yang berada di perantauan (semenanjung Malaysia)..Mohamad Riduan yang berkhidmat sebagai polis dan Mohamad Sabri yang masih menuntut di salah sebuah sekolah di Damansara. Rindu ingin bersembang mesra dengan dinda tersayang..Norhayati, Mohamad Saiful dan si kecil... Nur Fadhilah. Diri ini sudah berkira-kira membuat plan meluangkan masa dengan sebaiknya bersama keluarga tercinta. Diri ini teringat plan ayahanda ingin membawa kami sekeluarga berkelah di satu tempat yang indah...ada air terjun...sungai..yang pastinya tiada buaya. Plan tergendala kerana kekangan masa pada cuti semester yang lalu (bulan Jun). InsyaAllah cuti kali ini...akan diusahakan juga plan tersebut...ameen...

Rindu mereka...


 Puteri-puteri harapan ayahanda & bonda



Saat indah bersama mereka